Sebak Kenang Nasib Menimpa Bumi Palestin, Mira Filzah Berang Dengan Kekejaman Israel – “Itu Bukan Perbuatan Manusia Tapi Syaitan”

Pelakon Mira Filzah tampil berkongsi rasa sebak dan hiba melihat nasib yang menimpa bumi Palestin yang terus menerus dianiaya oleh Israel yang kejam.

Bahkan, tindakan Zionis yang tergamak memusnahkan kediaman, hospital dan membunuh ramai warga Palestin itu turut dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Mira menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, semalam.

“Mira di NZ sekarang for a work trip. Sekarang jam 3.59 AM. Baru ada masa sikit untuk betul-betul scroll Instagram dan tengok latest news.

“Baru tengok video seorang anak kecil di hospital, dah tak sampai hati nak scroll dan tengok video lagi. Setiap masa ada sahaja video kanak kanak, bayi, yang cedera parah, yang menangis, Allahuakbar.

“Dan perbuatan Isr4el bomb hospital itu; itu bukan perbuatan manusia tapi syaitan. Jijik sangat dengan perbuatan mereka.Sakit hati ni, sakit kepala memikirkan kehidupan mereka disana.

“Setiap kali nampak video dan gambar gambar mereka di sana, setiap kali itu juga mulut ni terkumat kamit Astarghfirullahazlam. Rasa nak peluk anak anak ni. Rasa helpless,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mira juga sempat menyebarkan kesedaran kepada orang ramai agar tidak pernah putus berdoa dan memberikan sumbangan bagi yang berkemampuan untuk membantu nasib orang Palestin yang teraniaya.

“Ya Allah apa aku boleh buat lagi ni ya Allah. Cukup ke duit yang aku derma, sampai ke, Allah bagi kita rezeki banyak ni should we give more?

“Kita hanya mampu berdoa dan tolong dari jauh. Doa banyak banyak semoga semua ini berakhir dengan segera. Semoga tiada lagi anak anak yang kematian ibu bapa. Semoga tiada lagi ibu bapa yang kematian anak anak.

“Janji Allah itu pasti. Syurga untuk mereka di Palestin itu pasti, Syurga untuk mereka yang mati syahid, Syurga untuk anak anak kecil yang dibunuh, Syurga untuk mereka yang melindungi dan mempertahan Masjid Al Aqsa, Allahuakbar.

“Sedangkan kita? Wallahu’alam.Protect them ya Rabb. Protect them. #FreePalestine,” katanya.

Fatin Nurain