Sebak! Nurul Shuhada Merasai ‘Pahit Manis’ Seperti Rita Rudaini, Jadi Ibu Tunggal Utamakan Kebahagiaan Anak-Anak

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada memahami nasib menjadi seorang ibu tunggal seperti dilalui oleh aktres jelita, Rita Rudaini.

Shuhada meluahkan perkara berikut menerusi ruangan komen di hantaran milik Rita yang mengakui tetap bahagia meskipun keluarganya tidak lengkap.

Artikel Berkaitan: Lalui Pahit Getir Jadi Ibu Tunggal, Rita Rudaini Sentiasa Nasihat Anak-Anak Erti Kebahagiaan Walau Keluarga Tak Lengkap – “Ada Masa Nyawa-Nyawa Ikan…”

Menerusi komen tersebut, ibu anak dua ini juga mengutamakan kebahagiaan anak-anaknya, Humairah dan Umar.

“Walaupun family kita tak completed macam orang lain…,” katanya bersama emoji sedih.

Di ruangan komen sama, Shuhada berkata dia juga memujuk kedua-dua anaknya dengan cara yang sama.

“Allahuakbar, yeee samalah Shu pun
pujuk Umar and Humairah macam tu.

”Semoga Allah sentiasa bahagiakan hatimu wahai sis and anak-anak,” tulisnya.

Sebelum ini, perkongsian Rita di Instagram meraih perhatian ramai apabila meluahkan dia melalui pahit getir kehidupan semenjak bergelar ibu tunggal.

Namun, Rita tetap tabah mengharungi segala ujian demi kebahagiaan anak-anaknya.

Artikel Berkaitan: Peminat Tanya Aidil Zafuan Tak Pernah Tengok Anak? Ini Respons Rita Rudaini: “Tak Payah Berangan Nak Datang, Jumpa Di Padang Mahsyar”

Aqilah Paharuzi