Hiburan By: SGMS Faida October 4, 2018 @ 1:45pm

Sebak…Sharnaaz Ahmad Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Wira Bomba

Kematian enam anggota bomba malam tadi ketika operasi menyelamat remaja di lombong Taman Putra Perdana, Puchong ternyata menyentuh semua hati rakyat Malaysia.

Malah, pemergian mereka turut dirasai oleh pelakon Sharnaaz Ahmad yang pernah mengenali dan bekerjasama dengan keenam mangsa yang terlibat.

“ Saya sangat terkesan dengan kehilangan unit Di Air (Pasukan Penyelamat Unit Di Air) Bomba Malaysia. Saya pernah bekerja, bergurau, bergelak dengan mereka.

“Mereka adalah yang terbaik dalam unit Di Air Malaysia dan merupakan unit elit khas, mereka sangat terlatih dan mahir dalam misi menyelamat,” tulisnya di Instagram, hari ini.

Tambah pelakon berusia 33 tahun itu, kesemua anggota bomba itu pernah bersabung nyawa menyelamatkan orang awam.

“Banyak kes mereka bersabung nyawa dan berjaya selamatkan… tetapi kali ini mereka dijemput oleh Allah atas tugas mereka. Semoga Allah luaskan kubur mereka dan jadikan ini syahid yang paling indah,” katanya.

Sebelum ini, Sharnaaz pernah menjayakan sebuah drama bersiri berjudul Hero pada tahun 2016. 

Drama memaparkan realiti dan cabaran sebenar pekerjaan anggota bomba yang layak digelar hero itu ditayangkan menerusi saluran TV2.

Buat enam anggota bomba yang telah meninggal dunia, sama-sama kita doa agar kesemua roh mereka ditempatkan dalam golongan orang beriman. Al- Fatihah…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

王力宏316确定唱进大马!1月19正式发售

王力宏全新《龙的传人 2060》世界巡回马来西亚站演唱会,1 月 19 日,上午 11 时起正式全国公开发售。

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Finally, FattZura Ada Hadiah Buat Peminat?

Seramai 5000 peminat bertuah bakal dijemput ke majlis pasangan ini yang bakal diadakan di Royal Palace, Shah Alam. Majlis ini diadakan untuk menghargai peminat yang sering menyokong Fattah Amin dan Fazura

Hiburan Sat, 28 Oct 2023

[VIDEO] Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Kenang Nasib Di Palestin, Harap Sekolah Afwa Al Aafiyah Tak Dibom

Sedih lihat situasi di Gaza sekarang ni! Semoga Allah lindungi semua umat Islam di Palestin!

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Tue, 19 Sep 2023