Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 28, 2023 @ 5:35pm

[VIDEO] Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Kenang Nasib Di Palestin, Harap Sekolah Afwa Al Aafiyah Tak Dibom

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza gagal menahan air mata apabila mengenangkan nasib saudara-saudara Islam yang berada di Palestin ketika ini.

Menurut Siti, dia memaklumkan sekolahnnya, Afwa Al Aafiyah di wilayah Gaza itu masih berada dalam keadaan baik dan kini dijadikan tempat perlindungan buat rakyat setempat.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata ini berharap sekolah yang direalisasikan di bawah Yayasan Nurjiwa diusahakan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu tidak dibom.

“Alhamdulillah sekolah saya masih selamat lagi. Dan sekarang ini tengah jadi penempatan untuk mereka yang tiada tempat tinggal yang berada dekat kawasan tersebut.

“Saya doa sangat. Setiap doa saya, setiap solat saya… saya doa semoga sekolah saya ini tidak dibom. Anak-anak saya tidak dibom dan cepatlah dihentikan peperangan ini

“Sebab kita semua merasai seluruh rakyat di Palestin rasa,” katanya dalam sebuah temu bual.

Untuk rekod, sekolah yang beroperasi sejak Oktober 2021 itu menempatkan kanak-kanak dari usia antara 4 hingga 6 tahun. Dan mempunyai 50 pelajar.

Dalam pada itu melihat kepada situasi semasa di Palestin yang semakin memuncak, Siti tidak pasti keadaan kenalannya yang berada di sana iaitu, Dr Mohanad.

Tambah Siti lagi, dia turut mengikuti perkembangan di Gaza sehingga jam 2 pagi.

“Semalam selesai majlis Usrah, suami dan saya berhubung dengan Dr Mohanad serta keluarga. Saya tak pasti macam mana keadaan Dr Mohanad di sana. Saya hanya mampu berdoa.

“Sampai pukul 2 pagi saya ikuti perkembangan di Gaza sampai mata saya terlelap.

“Tak sangka sedang kita tidur, Gaza di serang lebih teruk,” tulisnya.

Semalam, media melaporkan rakyat Palestin mengalami gangguan komunikasi secara keseluruhan di Gaza selain berlaku pembunuhan secara besar-besaran sehingga megorbankan ribuan penduduk akibat serangan darat oleh rejim Israel.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Giat Bantu Palestin – “Saya Tak Ada Niat Lain, Saya Hamba Allah Yang Ada Tanggungjawab”

ARTIKEL BERKAITAN: Bina Sekolah Kanak-Kanak Di Gaza, Siti Nurhaliza Pendam Hasrat Untuk Melawat Demi Faktor Keselamatan

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Beri Peruntukan Lebih RM10,000 Sebulan Untuk Tadika Afwa & Aafiyah di Gaza

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Featured Mon, 3 Apr 2023
Hiburan Tue, 12 Aug 2025

Rezeki Sentiasa Mengalir, Mira Filzah Berhabis RM8,000 Sebulan Suka Belanja Makanan Di Set Penggambaran

Mira Filzah murah rezeki, belanja makanan di set penggambaran cecah RM8,000!

Trending Thu, 10 Oct 2019

Katy Perry dan Orlando Bloom Langsungkan Perkahwinan Disember Ini

Sempat putus beberapa kali, akhirnya Katy Perry dan Orlando Bloom Bakal Menikah…

Trending Thu, 25 Feb 2021

Media Prima Catat Keuntungan Untuk Dua Suku Tahunan Berturut-Turut

Media Prima Berhad hari ini mengumumkan kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM18.1 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2020. Memperbaiki kerugian selepas cukai berjumlah RM106.3 juta yang dicatatkan pada suku keempat perbandingan, […]

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

J-Hope Releases ‘Daydream’ MV With BTS Member Making a Cameo Appearance

BTS’s J-Hope’s latest mixtape and ‘Daydream’ MV is finally released!

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Tekad Kurus Sebab Gimik?

Hebat betul Shaheizy Sam

Trending Fri, 23 Aug 2019

忙到没时间吃便当?手表一掀立刻开饭

亚洲人的工作时数、工作压力,在世界上可说是「名列前茅」,日前日本有公司设计一款有趣的「便当手表」,将食物装进小小的手表里,让人一边看表、一边吃饭,将一分一秒利用到最极致!

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
error: Content is protected !!