Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 21, 2022 @ 6:18am

Siti Nurhaliza Beri Peruntukan Lebih RM10,000 Sebulan Untuk Tadika Afwa & Aafiyah di Gaza

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi peruntukan lebih RM10,000 sebulan untuk taska yang dibuka di Gaza, Palestin.

Diberi nama Afwa & Aafiyah, taska terbabit ditubuhkan hampir setahun menerusi Yayasan Nurjiwa bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan ia diuruskan oleh sahabat mereka yang juga orang tempatan di sana.

“Sudah hampir setahun tadika ini beroperasi. Setakat ini kami menyewa tempat dulu termasuk tenaga pengajar pun kita yang bayar. Setiap bulan memang diperuntukan RM10,000, kadang lebih dari itu, sebab ada nak beli buku dan sebagainya. Tapi amaun itu memang tetap

“Syukur, setiap bulan saya dan suami secara peribadi serta Yayasan Nurjiwa membuat sumbangan untuk keperluan sekolah itu. Kita nak berterusan dan semuanya daripada kami.

“Kalau ada rezeki lebih, contoh setiap kali saya ada persembahan, menjadi duta, memang saya peruntukan, agihan zakat saya atau apa, untuk dibahagikan juga kepada pembelajaran kanak-kanak di sekolah itu. Sekarang sudah ada hampir 50 pelajar.

“Rasa nak pergi, dan menjadi impian saya dan suami nak ke sana. Insya-Allah, bila keadaan mengizinkan. Insya-Allah, nak dirikan sekolah sendiri juga. Macam yang saya cakap, apabila ada rezeki dan ramai membantu, boleh menjadi kenyataan. Lebih daripada itu kita boleh buat.

“Buat masa sekarang, sekolah itu diuruskan oleh sahabat baik kami di sana. Dia akan mengemaskini apa saja aktiviti pelajar di sana, seperti pengajian, ujian, hafazan, peperiksaan, malah ketika hari jadi saya dan kedua-dua anak, mereka mengadakan doa selamat di sana,” katanya.

Siti ditemui di Sidang Media Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

Mengenai acara yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 November depan di Dewan Planery, KLCC ini, ia merupakan pesembaan amal bagi mengutip dana yang akan disalurkan terus ke Yayasan Nurjiwa.

“Sasaran kutipan RM1 juta untuk dua malam, semua untuk Yayasan Nurjiwa. Tapi kalau orang perseorangan atau syarikat yang nak buat sumbangan pun boleh tak ada masalah, kita terbuka. Sebab sekarang pun kita masih kutip dana di bawah Tabung Bantuan Khas Bencana Alam, Palestin dan Covid-19 dengan kerjasama Kita Fund.

“Dana daripada yayasan ini bukan khusus untuk sekolah Afwa & Aafiyah saja, tapi kita bantu juga rakyat Malaysia, mana yang terkesan dengan banjir, Covid-19 dan yang nak membina masjid. Kutipan dana ni pun bukan pertama kali, sebelum ini saya sudah dua tiga kali persembahan sebegini. Selain itu masyarakat juga ada menyumbang menerusi tabung yang dilancarkan.

“Pada mulanya nak buat setakat musibah dan bencana saja, tapi fikir balik teruskan saja dan bergabung dengan Yayasan Nurjiwa. Kalau diikutkan hasil dari jualan tiket, setelah kos, memang salurkan ke Yayasan Nurjiwa. Macam mana nak bahagikan, nanti pihak yayasan akan bahagikan. Jadi, kutipan persembahan ini juga bukan untuk sekolah kami di Gaza saja, tapi khusus untuk semua,” katanya.

Antara persembahan amal yang pernah dijayakan Siti bagi disalurkan ke Yayasan Nurjiwa adalah Konsert Satu Datuk Seri Siti Nurhaliza (2009) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is (2014).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 3 Dec 2022

Muat Naik Video Menari, Ramai Yang Puji Rupa Paras Liyana Jasmay – “Awet Muda!”

Baru-baru ini, pelakon dan penerbit Liyana Jasmay berjaya mencuri perhatian ramai ketika memuat naik video di TikTok menggunakan lagu Nirvana nyanyian Aya Nakamura. Menerusi perkongsian tersebut, Liyana memakai baju merah jambu sambil menari berpusing mengikut […]

Hiburan Sat, 27 Jul 2019
Events Wed, 9 Jan 2019

HAHA Dan Kim Jong Kook Buat Konsert Di Malaysia?

Haa, apa tunggu lagi peminat Sparta dan HAHA jangan menangis pula kalau tak dapat pegi konsert ye. Kami dah tolong war-war kan ni!

Trending Wed, 7 Apr 2021
Hiburan Fri, 18 Jul 2025

Pusingan Akhir Pitch Story ke TV3 & Pencarian Pelakon Drama Sangat Lahirkan 2 Bintang Baharu, Angkat 3 Idea Kreatif!

Tahniah kepada semua pemenang Pencarian Pelakon Drama Sangat dan Pitch Story Anda ke TV3!

Hiburan Mon, 28 Oct 2019

Bayi Malang Maut, Dipaksa Minum Air 19 Liter Oleh Ibu Sendiri

Mengaku Tertekan Kerana Mahu Diceraikan Suami

Trending Thu, 4 Jan 2024

Faizal Hussein Masih Gagah Buat ‘Stunt’ Sendiri

Pelakon senior Faizal Hussein mendedahkan dirinya masih mampu membuat aksi atau ‘stunt’ sendiri menerusi drama bersiri W: Two Worlds. Menurut Faizal, dia bersyukur dirinya masih lagi ditawarkan watak-watak yang mencabar meskipun sudah berusia. “Saya bersyukur […]

Featured Thu, 8 Sep 2022

Isu Dedah Gangguan Seksual Secara Umum, Puteri Balqis Selar Azhar Sulaiman

Aku lebih rela menjadi anak pengutip sampah yang berilmu, dari menjadi orang kekaya yang dungu – Puteri Balqis

Featured Thu, 4 Sep 2025
error: Content is protected !!