Sedang Berpantang, Nad Zainal Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga!

Pelakon Nad Zainal telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga bersama suami, Ungku Ismail pada Selasa.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Nad bagaimanapun tidak berkongsi jantina bayinya hanya tarikh kelahiran.

“10/10/23. Terima kasih atas doa-doa kalian, Alhamdulillah,” tulisnya.

Sementara itu, Nad berkongsi pengalaman menggunakan servis berpantang yang menguruskan dirinya dan bayi namun memilih untuk tidak menunjukkan wajah bayinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kelahiran kali ketiga.

Malah, rakan artis iaitu Fatin Afeefa turut terkejut dengan berita kelahirannya itu.

“Bila beranak! Haha congrats nanad,” kata Fatin.

“Aku ingat ingat kau dah dapat teka,” balas Nad.

Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Ungku Ismail pada 23 Januari 2023.

Hasil perkahwinan terdahulu, Nad dikurniakan dua cahaya iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Maya Basir