Sedapnya! Siti Nurhaliza Bawa Kelainan Dalam Lagu ‘Dawai’

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menyanyikan lagu ‘Dawai’ nyanyian asal Fadhilah Intan dalam versinya yang tersendiri.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (Igs), Siti yang lebih mesra disapa TokTi telah menyanyikan lagu itu dalam versi ‘slow ballad’ sekali gus memberi mood dan emosi yang berbeza ketika mendengar nyanyian tersebut.

Lebih mencuri perhatian, Siti tetap kelihatan tenang membawakan lagu tersebut meskipun perlu menjaga anak keduanya, Afwa.

Umum mengetahui, runut lagu filem Indonesia Air Mata Di Ujung Sejadah itu kerap menjadi siulan dan dinyanyikan semula oleh kebanyakan penyanyi tanah air, sejak kebelakangan ini.

Antara artis yang pernah menyanyikan semula lagu tersebut ialah, Ernie Zakri, Aina Abdul, Shila Amzah, Amsyar Lee dan Vanessa Reynauld.

ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Vanessa Reynauld Pula Cover Lagu ‘Dawai’, Meremang Habis! – “Lama Tunggu Orang Bawa Lagu Ni Bukan Suara Kepit”

ARTIKEL BERKAITAN: Viral Di TikTok, Penyanyi Asal Perjelas Maksud Sebenar Lagu ‘Dawai’

 

Fatin Nurain