Sedih Difitnah Guna Orang Dalam, Aina Abdul Lalui Prosedur Mohon DKD RM300,000… – “Tak Ada Cable, Tiada Unsur Fast Lane”

Penyanyi, Aina Abdul tidak cepat melatah apabila namanya terpalit kontroversi tidak berasas dilemparkan netizen yang mendakwa dirinya menggunakan orang dalam untuk meraih Dana Kandungan Digital (DKD).

Aina menepis dakwaan tersebut dan menjelaskan dia melalui prosedur sama seperti selebriti untuk memperoleh dana sebanyak RM300,000 diperuntukkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

“Saya percaya semua orang ada kebebasan dan hak untuk bersuara. Cuma, saya tak nak discredit the effort of my team.

“Saya mengikut prosedur seperti orang lain juga, even though we might have extra leverage but that doesn’t apply for this kind of dana.

“Pihak saya buat dana macam biasa, ini kali ketiga saya buat konsert. Konsert Aina Abdul 1.0 saya tidak ada dana, konsert 2.0 saya dapat dana pun hujung-hujung daripada different part of government allocation.

“Tahun ini pertama kali saya dapat dana daripada pihak itu. Saya tak boleh diamkan apa yang mereka perkatakan di media sosial,” katanya.

Pelantun lagu popular Sepi ini mengakui terkesan dan sedih atas fitnah tersebut, namun memilih untuk tidak mengambil tindakan saman terhadap individu menyebarkan isu negatif itu.

Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 ini juga, Aina berkata pihaknya melalui proses membuat proposal dan pembentangan juga, tiada unsur ‘fast-lane’.

“Saya sedih kerana kebanyakkannya yang bercakap itu boleh dikatakan seperti fitnah. Saya tidak ada cable.

“We don’t even know who is the panel, dan yang bentangkan projet konsert saya pada ketika itu juga staff saya sendiri, para penilai tidak tahu siapa artis disebalik projek tersebut.

“Tiada unsur guna orang dalam, fast-lane.. prosedurnya sama sahaja seperti orang lain jadi saya harap mereka yang sebarkan perkara negatif tentang isu ini akan berhenti.

“Saya sebagai pendatang baru saya nak juga buat konsert seperti orang lain. Kali ini berada di Axiata Arena, saya tak boleh buat seorang diri kerana itulah saya apply dana. Alhamdulillah, dapat.

“Saya boleh dikatakan hati lembut, cepat terasa dengan kata-kata mereka tapi saya tak sampai lagi ke arah itu.

“Saya tak nak terlibat dengan mana-mana kes mahkamah. Saya masih muda dan baru dalam industri seni.

“Saya tak nak orang kecam saya, kita tengok keadaan macam mana.. sekiranya keadaan melarat saya bimbang keputusan bukan di tangan saya lagi,” ujarnya.

Aina berkata demikian menerusi sebuah video temubual bersama radio media swasta.

@astronews1

Penyanyi Aina Abdul masih belum berniat untuk ambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnahnya berkaitan dengan Dana Kandungan Digital.

♬ original sound – Astro News – Astro News

Sebelum ini, nama Aina hangat menjadi perbualan ramai apabila dikatakan menggunakan orang dalam untuk meraih dana.

Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Altimet tampil mempertahankan golongan selebriti berkaitan isu tersebut.

Artikel Berkaitan: Individu Luah Rasa Kurang Senang Apabila Aina Abdul Terima Dana Untuk Konsert – “Sudahnya Dana Kerajaan Ni Jadi Modal Baju”

Artikel Berkaitan: Isu Aina Abdul Terima Dana Dipertikai, Altimet Tampil Beri Kenyataan! -“Tak Boleh Nak Kata Artis Popular Mohon Dana Itu ‘Mengemis’”

Aqilah Paharuzi