A Aida Dedah Suami Orang Cuba ‘Mengorat’, Farahdhiyah Nasihat Cari Pasangan Sama Taraf – “Yang Merepek Kita Pangkah!”

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mendedahkan ada suami orang yang cuba untuk mengurat dirinya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia menegaskan bahawa dia tidak akan melayan kerana tidak mahu melukakan hati wanita lain.

“Kalau dah ada isteri tak payah nak mengorat saya ya. Saya tak nak melukakan hati wanita lain.

“Sorry ya kita tak layan suami orang. Lelaki ni tak cukup satu ke??,” ujarnya di kapsyen.

Sementara itu, dia mengatakan lebih baik berkahwin dengan lelaki muda berbanding dengan suami orang.

“Daripada kahwin dengan laki orang, baik saya kahwin dengan orang muda kan?,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, penyanyi Farahdhiya memberi nasihat untuk tidak melayan lelaki muda sebaliknya mencari pasangan hidup yang setaraf dengannya.

“Hah??? Pulak. Cari la yang se-level awak sis, sudah-sudah la yang muda-muda yang tak habis-habis menyusahkan awak tu #nasihatseorangsahabat,” katanya.

“Daripada kahwin dengan laki orang,” balas Aida.

“Tak suruh pun kahwin laki orang, banyak je duda dekat luar tu yang level-level awak sis, InsyaAllah. Sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak ku. Yang merepek kita pangkah!,” ujar Farahdhiya.

Maya Basir