Sedih Tak Berpeluang Jumpa Anak, Hafidz Roshdi Fail 2 Tuntutan Hadanah

Baru-baru ini, pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi hadir ke mahkamah dan memfailkan dua hadanah penuh dan sementara ke atas anak-anaknya iaitu Humairah,6 dan Umar,2 di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor.

Memetik laporan BH Online, tuntutan tersebut disahkan oleh peguam syarie yang mewakili Hafidz iaitu Ummi Kartini Abd Latiff.

Hafidz membuat tuntutan hak penjagaan penuh pada 18 April lalu sebagai plaintif dan isterinya Nurul Shuhada sebagai defendan.

Bukan itu sahaja, Hafidz juga memfailkan hadanah sementara atau interim pada Jumaat lalu.

Jelas Ummi Kartini, hadanah sementara difailkan supaya Hafidz mendapat hak lawatan tetap bagi memudahkannya untuk berjumpa dan berkomunikasi dengan anak-anak.

“Disebabkan itu perintah interim, adalah perlu supaya suatu sistem hak lawatan dapat dilaksanakan, terutama buat anak-anak yang memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada kedua-dua ibu bapa mereka,” katanya kepada BH Online.

Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Terlintas Cederakan Orang Yang Saya Sayangi” – Hafidz Roshdi Rindu, Sebak Terkenang Anak-Anak

Artikel Berkaitan: Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Alami Bipolar Disorder, Mengaku Masih Cintakan Bekas Isteri

Sumber: BH Online

Atiqah Johari