Sayu! Shuhada Menangis Kenangkan ‘Uwais’ – “Ibu Minta Maaf Sebab Tak Berjaya Lahirkan Ke Dunia”

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik perkongsian video di Instagramnya.

Menerusi video tersebut, Shuhada dilihat sayu menangis sambil mengenangkan kandungannya yang gugur baru-baru ini.

“Doktor cakap baby dah besar dah boleh bagi nama, Jadi, Shu pun dah borak dengan anak-anak… Shu nak panggil dia Uwais.

“Shu doa semoga Allah redakan hati Shu dan takdir hidup Shu. Redakan hati anak-anak Shu. Humairah kata Uwais tunggu kita bertiga dekat syurga kan ibu.

“Ibu minta maaf sebab ibu tak berjaya nak lahirkan Uwais ke dunia yang agak kejam ini,” luahnya sambil menangis.

Menjengah di ruangan kapsyen. Shuhada menyatakan bahawa dia tidak berniat untuk membuka aib atau menyalahkan mana-mana pihak.

“Biar Allah yang nilai, biar Allah yang tentukan. Shu dah lama redha apa yang berlaku. Bukan nak cari salah sesiapa dan bukan juga membuka aib sesiapa.

“Moga Allah membalas apa sahaja kejahatan dengan segala kebaikan. Semoga kekuatan sentiasa di sisi Shu, Umar dan Humairah untuk teruskan hidup baru dengan insan-insan yang baik selepas ini,” tulis Shuhada.

Sebelum ini, Shuhada memaklumkan kepada umum bahawa dia telah mengalami keguguran namun Hafidz pula mendakwa isterinya itu sengaja menggugurkan kandungannya secara haram.

Artikel Berkaitan: “Biar Bukti Yang Sokong, Bukan Skrip Yang Direka” – Isu Keguguran, Polis Sahkan Shuhada Tak Bersalah… Minta Hafidz Berhenti ‘Play Victim’

Artikel Berkaitan: Shuhada Didakwa Gugurkan Kandungan Secara Haram,  Ini Respons Hafidz Roshdi – “Dia Siap Minta Kos Bayaran Untuk…”

Artikel Berkaitan: “Kuatlah Sayang” – Umum Hamil Anak Ke-3, Nurul Shuhada Risau Akan Bayi Akibat Alami Depresi

Atiqah Johari