Hiburan By: SGMS Faida December 11, 2019 @ 8:33am

‘Sedih Tetapi Dah Terima Hakikat’- Pengarah Drama Nur

“Saya sedih apabila projek filem tidak dapat diteruskan tetapi sudah dapat terima hakikat,” kata pengarah drama popular itu, Shahrulezad Mohameddin yang mengulas tentang pembatalan projek filem Nur. 

Akuinya yang sudah mendapat tahu lebih awal mengenai berita ini reda dengan keputusan berkenaan.

“Keputusan dibuat selepas hasil perbincangan dengan pihak penerbit, Radius One Sdn Bhd dan Primeworks Studios (PWS).

“Pihak kami memang ada berbincang mengenai masa depan dan hala tuju filem Nur ketika majlis makan malam bersama PWS baru-baru ini.

“Kami sudah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan itu dan ia bukannya keputusan saya seorang tetapi membabitkan semua pihak,” katanya.

Akui Shahrulezad, kos yang tinggi juga antara penyumpang projek ini tidak dapat diteruskan. 

“Selain kekangan masa kerana PWS mahu penggambaran filem ini dimulakan lebih cepat awal tahun depan, kos yang tinggi turut menyumbang mengapa projek ini tidak dapat diteruskan.

“Namun, saya terbuka jika ada syarikat korporat atau mana-mana pihak berminat untuk menjadi penerbit bersama filem Nur pada masa depan.

“Pada masa sama, saya bimbang tidak dapat berlaku adil kepada peminat drama Nur nanti kerana idea asal saya untuk projek ini tidak diterima PWS sedangkan idea pertama itu lebih sesuai untuk filem,” katanya kepada Harian Metro. 

Mengenai penerimaan pelakon pula kata Shahrulezad, dia sudah memaklumkan perkara itu lebih awal kepada barisan pelakon.

“Sebaik saja keputusan itu dibuat, saya terus beritahu kepada semua pelakon.

“Nampaknya mereka faham dan dapat menerima keputusan ini. Namun, saya minta mereka bersedia jika ada perancangan untuk projek seterusnya,” katanya.

Bagaimanapun kata Shahrulezad, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan drama Nur 3 atau teater muzikal selepas ini.

“Saya berharap peminat tidak kecewa kerana kami ada perancangan untuk hasilkan drama bersiri atau teater muzikal tetapi masih dalam perbincangan lagi,” katanya.

Terdahulu, drama bersiri rantaian popular Nur dan Nur 2 lakonan Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azar Azmi, Azhan Rani, Noorkhiriah dan ramai lagi menjadi fenomena ketika bersiaran di Slot Samarinda TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Featured Wed, 25 Oct 2023
Hiburan Tue, 20 Nov 2018
Hiburan Fri, 21 Feb 2020

Takziah, Anak Dayangku Intan Meninggal Dunia

Takziah diucapkan buat keluarga Dayangku Intan.

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Alvin Chong Akui Hidup Lebih Teratur

Alvin juga dalam proses mengeluarkan satu lagi lagu, kali ini bersama penyanyi Indonesia, Dea Dalila. Lagu berjudul “Mencintaimu 99%” itu bakal dilancarkan pada 6 Julai, dan bertujuan untuk pasaran Indonesia.

Featured Wed, 5 Oct 2022