“Seksi Sangat Tu…” – Gayakan Busana Rona Hijau, Pakaian Intan Najuwa Ditegur Netizen

Pelakon Intan Najuwa didakwa semakin seksi oleh netizen selepas memuat naik foto sedang bercuti di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Intan telah berkongsi gambarnya mengenakan baju rona hijau yang tidak menutup bahagian perut bersama kain terbelah.

Perkongsian yang dibuat oleh pelakon tersebut mendapat pelbagai komen pengikutnya dan rata-ratanya adalah negatif.

Malah, ada juga netizen yang menganggap Intan seolah-olah cuba menaikkan nafsu lelaki.

Sebelum ini, Intan sering dipuji oleh pengikutnya dengan kehandalannya yang pandai memasak, bijak dalam pendidikan dan sifat merendah dirinya ketika bersama peminat.

Fatin Nurain