“Selagi Awak Tak Propose Betul-Betul, Saya Takkan Kahwin Dengan Awak” – Shila Amzah

Semenjak mendedahkan hubungan mereka bulan lalu, gelagat penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh Ubai semakin menjadi tumpuan dalam kalangan peminat di media sosial.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok di mana Ubai tampil menarik perhatian pengikutnya selepas berbincang tentang persiapan perkahwinan mereka ketika live.

“Doorgift dah tempah, nak sponsor ke? Kami akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Sponsor-sponsor boleh masuk, doorgift ke pelamin,” katanya.

Menyedari perkara itu, Shila kelihatan tersipu malu dengan usikkan kekasih hatinya dan terus menafikan perkara tersebut.

“Jangan dengar cakap ubai ni. Kitorang nak kahwin hari Sabtu kan? Merepeklah dia ni. Selagi awak tak propose betul-betul, saya takkan kahwin dengan awak, simple.

“Awak kena bagi moodboard, hantar proposal properly, colour apa colour scheme dia, kat mana venue,” jelasnya.

Emb

@hypemalaysiaHold up! Are Shila Amzah and Ubai Mz actually tying the knot this weekend?

♬ original sound – Hype Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: “Muntah-Muntah Sebelum Konsert & Alami Sesak Nafas Di Kedai Makan” – Perlu Banyak Berehat… Ubai Perjelas Status Terkini Shila Amzah

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Dikejarkan Ke Hospital, Ubai Setia Disisi – “Get Well Soon!”

Fatin Nurain