Categories: Hiburan

Selamat Datang Buat Yuna !

Pelakon Ashraf Sinclair akui gembira Yuna bakal menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Ashraf juga mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya adiknya, Adam Sinclair bakal berkahwin.

“Saya gembira untuk menerima Yuna dalam keluarga kami dan akhirnya Adam akan berkahwin.

“Yuna seorang gadis yang manis, saya mengenalinya selepas Adam bawa memperkenalkannya kepada saya.

“Bagi saya cinta tak kenal siapa. Tak penting untuk tahu siapa Yuna dan siapa pun Adam kerana yang penting jodoh sudah pertemukan mereka,” 

Ashraf yang kini berada di Malaysia untuk mempromosi supertelemovie bakal bercuti sehingga majlis pernikahan adiknya, Adam Sinclair dan Yuna yang dijangka berlangsung pada 28 Januari ini.

SGMS Enal