ORANG KETIGA PUNCA SUFIAN – ELFIRA TAK JADI KAHWIN?

Umum mengetahui pasangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 yang lepas dan bakal bernikah pada Mac ini. Namun, seperti tiada persiapan langsung mengenai perkahwinan mereka. Kahwin ke tidak ni?

Sufian dan Elfira semasa majlis pertunangan mereka

Menerusi portal Berita Harian, Sufian memberitahu mungkin ada campur tangan orang ketiga antara isu perkahwinan mereka. Namun, Sufian enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai isu ini.

“Sangat rumit untuk saya perkatakan mengenai isu ini kerana ia bukan hanya berkaitan saya dan El, tetapi ia turut membabitkan kedua-dua belah keluarga. Mungkin (ada campur tangan orang ketiga)… Perkahwinan sesuatu yang besar dan tak boleh dibuat main-main. Sebab itu kami menghormati pandangan semua orang dalam keluarga.”

Gambar Sufian dan Elfira semasa mengahdiri separuh akhir Muzik-muzik 32

Baginya, apa yang penting perhubungan ini akan berakhir dengan baik-baik sahaja. Dan mengharapkan agar semua peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Elfira. 

Salma Syahbuddin