“Selamat Ulang Tahun Cinta Hati, Syurgaku!” – Siti Hajaar Titip Ucapan Hari Lahir Buat MK Bikin Netizen ‘Cair’

Pasangan merpati dua sejoli, Siti Hajaar dan MK K-Clique sering menjadi tumpuan apatah lagi mereka sentiasa kelihatan ‘sweet’ setiap kali muncul dikhalayak.

Terbaru, bersempena ulang tahun kelahiran MK atau nama penuhnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, yang disambut semalam, isterinya itu kelihatan memuat naik hantaran berupa titipan ucapan ulang tahun buat suami tercinta menerusi Instagram Story (IGS) nya.

Bahkan, melihat ucapan itu sahaja pastinya membuatkan rata-rata peminat pasangan ini ‘cair’

“Selamat ulang tahun cinta hati, syurgaku!

“Ya Allah, jaga lah dia untukku hingga ke syurga. Makbulkan lah semua doa-doa suamiku. Aamiin Ya Rabbalalamin,” tulisnya.

Menerima ucapan ‘manis dari isteri, MK K-Clique dilihat memuat naik semula perkongsian tersebut menerusi tangkap layar di Instagram Story miliknya.

 

Sementara itu, menerusi hantaran terkini di platform tersebut,MK  sekali lagi berkongsi sepotong video pendek momen Siti Hajaar menghantar suaminya itu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

“Salam Jumaat dari driver baru saya,” katanya.

 

Salma Syahbuddin