“Sebelum Kesakitan Datang, Rambut Ku Diragut!” – Remy Ishak Kongsi Momen Isteri Potong Rambut Sebelum Bersalin

Pelakon popular, Remy Ishak berkongsi sepotong video pendek memaparkan isterinya, Ezza Yusof yang bertindak memotong rambut panjangnya sebelum bersalin pada Khamis.

Menurut pemilik nama Mohd Zalimie Ishak, 41, isterinya itu mahu dia tampil kelihatan kemas untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka.

“Detik-detik akhir kejadian semalam. Sebelum kesakitan mendatang, rambut ku diragut,” katanya.

 

Remy berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Remy kelihatan duduk di atas kerusi sambil Ezza memotong bahagian rambutnya.

Dalam keadaan terpaksa, Remy hanya menuruti kehendak isteri untuk tampil lebih kemas sebelum kelahiran anaknya itu.

“Ini peluang yang seusah nak dapat.

“Thank you to my future child,” jelas Ezza ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut aktor ini meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan dan bersetuju dengan tindakan isterinya.

Malah, mereka berpendapat bahawa Remy kelihatan lebih kemas dan segak apabila berambut pendek.

“Apa susah sangat? Just trust your wife. She knows what she’s doing.

“You akan nampak handsome gila bila berambut pendek. Nampak gentleman and look nice. Samalah saya tak suka tengok drama dia rambut panjang. 

“Cukur jambul anak ❌️ cukur rambut bapak ✔️.

“Remy lebih sesuai rambut pendek, jujur cakap macam suami saya sendiri pun tak sesuai bila berambut panjang,” komen netizen.

 

Salma Syahbuddin