Selebriti dan Ikon Fesyen Malaysia tetamu NYFW

Menghadiri dan melihat koleksi pereka fesyen antarabangsa di pentas peragaan New York Fashion Week (NYFW) sudah tentu menjadi idaman setiap fashionista, tetapi tak semua begitu bernasib baik untuk mendapat ‘slot’ di pertunjukan fesyen tersebut.  Scha Alyahya dan Neelofa adalah dua selebriti tanah air yang amat beruntung kerana setiap tahun mereka berpeluang untuk terbang ke Bandaraya New York bagi memenuhi jemputan label-label antarabangsa seperti Balenciaga, Louis Vuitton, Tory Burch dan ramai lagi. 

 

Noor Neelofa Binti Mohd Noor atau Neelofa mempunyai empayar tudungnya sendiri iaitu Naelofar dan ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai ikon fesyen di kalangan hijabista.

 

Scha Alyahya atau nama penuhnya Sharifah Azean Binti Syed Mahadzir Alyahya pula memang terkenal dengan stailnya yang ‘minimalist’ dan ‘cool’. Selain dari Neelofa dan Scha Alyahya, ikon fesyen seperti Marion Caunter dan Datin Ezurin atau dikenali sebagai Ekhyra juga sering mendapat jemputan fesyen keliling dunia! 

 

Del14