Hannah Delisha Kecewa Impian NYFW Tak Kesampaian

Jikalau Neelofa dan Scha Alyahya sudah berada di New York untuk New York Fashion Week, lain pula kisahnya bagi pelakon berdarah kacukan Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch yang berasal dari Singapura ini.

 

Hannah Delisha (23) meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dapat menghadiri pertunjukan fesyen yang dianjurkan label antarabangsa, Kate Spade kerana telah jatuh sakit pada hari penerbangannya Jumaat lalu. 

 

“Sudah menjadi impian saya untuk berjalan di atas karpet merah di New York Fashion Week. Tahun ini saya diberi peluang oleh @katespadeny untuk merealisasikan impian itu.  Tak dapat nak berhenti dari memikirkan apa untuk dijangka. Saya semestinya amat teruja. Tetapi, saya rasa, Allah merancang sebaliknya, saya jatuh sakit yang amat malam penerbangan itu 

 

“Saya rasa begitu patah hati kerana tidak dapat teruskan dengan perjalanan ini dan rasa sangat kecewa memandangkan pihak Kate Spade telah lakukan segala persiapan untuk membawa saya ke sana. Tapi pada masa yang sama, saya rasa bersyukur kerana Tuhan membenarkan saya hidup sehari lagi untuk melihat dunia.” tulisnya di dalam laman instagram miliknya. 

 

surat dari doktor yang menunjukkan Hannah Delisha mengidap sinusitis dan bronchial asthma yang serious dan seringkali kesesakan nafas – foto dari IG @hannahdelisha

Antara ubat-ubat yang perlu diambilnya setiap hari sehingga sembuh – Foto dari IG @hannahdelisha

InsyaAllah, ada lagi peluang-peluang lain untuk anda. Kesihatan amat penting jadi dengarlah cakap doktor dan jangan lupa makan ubat ya? Semoga cepat sembuh Hannah Delisha!

 

 

 

Del14