Peminat Pohon Ashraf Sinclair Pantau Pakaian Isteri

Belum lagi reda dengan kisah Sharifah Sakinah ‘sound’ netizen kerana sibuk dengan pemilihan pakaiannya, kini pasangan romantis Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair pula menjadi sasaran. Pasangan ini sering kali memilih Amerika Syarikat sebagai destinasi percutian, lebih-lebih lagi California memandangkan adik Ashraf, Adam Yusof dan isterinya, Yuna, penyanyi Malaysia yang menempa nama di Amerika Syarikat ini menetap di situ.

Baru-baru ini satu foto yang dimuat naik Bunga Citra Lestari (BCL) menjadi sasaran teguran netizen kerana memakai baju ‘crop top’ yang menampakkan perutnya dan seluar jeans koyak yang sekali imbas kelihatan seperti seluar pendek.

 

 

California Dreamin’ BCL – foto dari IG @bclsinclair

Cara pemakaian BCL mendapat reaksi daripada peminat-peminatnya dan komen-komen dari peminat-peminat BCL di Indonesia membanjiri entri instagramnya itu dan kebanyakkannya meluahkan rasa tidak puas hati dengan pilihan fesyen BCL yang semakin seksi dan sering menunjukkan aurat. Ada juga yang memohon Ashraf selaku suami BCL untuk menasihati dan memantau pakaian isterinya.

Namun demikian, sudah menjadi lumrah dunia, bila ada yang mengeji, masih ramai yang memuji cara pemakaian BCL yang dikatakan sesuai dengan arus peredaran zaman dan sentiasa ‘up to date’. Kalau tidak, masakan dia dikira sebagai salah seorang selebriti dan ikon fesyen Indonesia??

Ada akak kisah?? – foto dari IG @bclsinclair

Del14