Buat Yang Belum Bertemu Jodoh, Bekas Isteri Ahmad Dhani Kongsi Tips

“InsyaAllah jodohmu yang terbaik akan datang. Aku berdoa sahaja 10 tahun baru dimakbulkan,” luah penyanyi Maia Estianty yang berkongsi kisah positif dengan pengikutnya di Instagram.

Hidup sebagai ibu tunggal tiga anak selepas 10 tahun tidak menghalang wanita ini untuk terus menunggu cinta sejati.

Bagi penyanyi Maia Estianty yang merupakan bekas isteri kepada vokalis Dewa, Ahmad Dhani, dia tidak pernah putus asa meskipun pernah melalui episod duka dalam kisah asmaranya.

“Buat yang belum bertemu jodoh, tenang aja. Doa kepada Allah, minta semahu-mahunya kriteria jodoh diinginkan ke Allah. 

“Tapi jangan lupa berbuat baik, kerana kalau minta sahaja tanpa perbuatan baik (amal ibadah), doamu susah termakbul.  

“So buat yang masih bujang, sabar berdoa minta jodoh, serahkan kepada Allah. Dan jangan lupa berbuat baik,” nasihat Maia.

Maia kini bergelar kepada isteri jutawan terkenal Indonesia, Irwan Mussry selepas bernikah pada 29 Oktober tahun lalu. 

SGMS Faida