Events By: SGMS Enal May 10, 2018 @ 12:04pm

Selebriti Teruja Tengok Persembahan Bruno Mars Live In KL

Di sebalik saat genting menanti keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), semalam juga telah berlangsung konsert penyanyi terkenal, Bruno Mars di Axiata Arena, Bukit Jalil bersempena jelajah 24kMagic World Tour. Malaysia terpilih sebagai salah satu destinasi perhentian konsert jelajah itu di Asia selain di Filipina, Bangkok dan Jepun.

Tiket jualan bagi konsert ini juga berjaya mencipta sejarah di negara ini apabila habis terjual sebanyak lebih 12,000 tiket dalam masa 45 minit sahaja ketika ia dibuka untuk jualan pada 14 Ogos tahun lalu. Dalam konsert yang berlangsung selama satu setengah jam itu, pelbagai koleksi lagu hits dinyanyikan Bruno, antaranya, Treasure, Just The Way You Are, Locked Up In Heaven, Uptown Funk dan Marry You.

Selebriti tempatan juga tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan sulung Bruno di Kuala Lumpur dan rata-ratanya cukup terhibur dengan persembahan bertenaga yang dipamerkan oleh penyanyj kelahiran Honolulu, Hawaii itu.

Antara yang berkongsi kemeriahan konsert itu menerusi laman Instagram mereka ialah Nabila Huda, Janna Nick, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Juliana Evans, Mawar Rashid, Wany Hasrita, Siti Saleha, Ainul Aishah, Fezrul Khan, Datuk Sheila Majid dan penyanyi Indonesia, Afgan.

Yang menariknya, Nabila membuat kejutan kepada anak tunggalnya, Keisha Laila dengan menghadiahkan tiket konsert tersebut sebagai hadiah ulang tahun kelahiran Keisha kelapan yang jatuh pada pertengahan bulan ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 May 2023
Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Wed, 22 Dec 2021

3 Tahun Berkahwin, Shila Amzah Fail Cerai

Penyanyi Shila Amzah, 31, mengejutkan ramai dengan berita dia sudah memfailkan perceraian dengan suami, Haris Idraki Elias. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya pada Selasa. […]

Hiburan Mon, 9 Oct 2023
Fab Foodies! Wed, 5 Sep 2018
Hiburan Mon, 12 Aug 2019

‘Sebenarnya Plan Tahun Ni Nak…’- Anzalna Nasir

Insya-Allah masanya akan tiba…