Categories: SelebritiTrending

“Akhirnya Allah Tunjuk Siapa Kau, Satu Family Ada Access!” – Puteri Sarah Dedah Siapa ‘Mastura’?

Akaun palsu yang bernama ‘Mastura’ sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia memetik nama Ira Kazar di ruangan komen pelakon Puteri Sarah Liyana baru-baru ini.

Malah, individu itu turut mempersoal Sarah dengan menyatakan bagaimana dia mengetahui bahawa Ira Kazar disebalik akaun itu dan meminta bukti.

“Bukti mana Sarah, bukti bukan main agak je… bukti I keluarga Kazar… u takde bukti sebab tu tarik saman. Kan kalah nanti lagi malu 😂😂😂😂. Yang untung Ira Kazar pahala free sebab hasil fitnah hang,” kata individu itu.

Tidak berdiam diri, Sarah tampil membidas komen ‘Mastura’ dengan menyatakan dia tidak pernah memetik mana-mana nama.

“Ehhh?? Takde sapa yang tuduh you. Omg! You mengaku sendiri ni kat sini. Stupidnya.

“Dah-dah la sis. You dah mengaku free free kat sini. Tak pernah ada sesapa yang sebut nama sesiapa kat sini. Finally you sendiri reveal. Malulah meroyan komen kat ig I setiap hari. Get a job. Get a life. Last-last Allah tunjuk siapa kau,” balas Sarah.

Bukan itu sahaja, Sarah juga membalas pada komen seorang warganet mendedahkan bahawa dia sudah mendengar suara disebalik akaun tersebut dan menyatakan akaun tersebut diguna pakai oleh satu keluarga.

“Dah dengar suara orang tu. I dah tau sapa if tak salah lah. Tapi account Mastura ni dia tukar tukar. Satu family pakai… so semua ada access,” dedah Sarah.

Sebelum ini, Sarah mendedahkan bahawa sering diganggu oleh ‘Mastura’ sejak Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Dicop Terpaling Kerja Keras, ‘Mastura’ Siap Persoal Nafkah Yang Diterima Puteri Sarah – “Gilamu Makin Menyerlah Sis”

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Diganggu Akaun Palsu Guna Nama ‘Mastura’ Sejak Ogos, Netizen Dapat ‘Track’ Lokasi Dari Alamat IP – “Sudahlah…Nampak Macam Meroyan”

Artikel Berkaitan: “Suami Awak Voice Note Saya, Baik Check Call Log Dia,” – Puteri Sarah Usik Fake Akaun Dipercayai Milik Ira Kazar?

Artikel Berkaitan: “Dekat Mananya Aku Buat Fake Account?” – Hanya Ada Satu Telefon, Ira Kazar Nafi Miliki Akaun Palsu!

Atiqah Johari