Categories: SelebritiTrending

“Bayangkan Kau Masuk Neraka Sebab…” – Disindir Netizen Isu Palestin, Meerqeen Tampil Beri Respons

Nama pelakon Meerqeen menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet apabila ada yang mempersoal dirinya tidak memberi kesedaran tentang isu Palestin yang kini sedang bergolak.

Malah, ada individu yang menyindirnya dengan memintanya untuk membayangkan jika tidak berkongsi mengenai Palestin bakal masuk ke neraka.

“Meerqeen ko bayangkan ko masuk neraka sebab tak share pasal Palestine,” komen individu itu.

Tidak berdiam diri, Meerqeen tampil membalas komen individu itu dengan menyatakan bahawa dia mengetahui tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.

“Terima kasih, saya seorang muslim. Tanggungjawab saya sebagai orang muslim saya dah jalankan. Bukan semua perlu share dengan semua.

“Cukup saya dan maha Esa tahu apa yang saya buat untuk saudara disana sudah memadai,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: Tak Gentar Disekat Jenama Besar, Nadhir Nasar Lantang Bersuara Isu Palestin – “Tak Perlu Takut Hilang Punca Rezeki”

Artikel Berkaitan: Beri Sumbangan RM20,000, Daiyan Trisha Sokong Palestin Secara Terbuka.. Tak Kisah Jejaskan Hubungan Bersama Jenama Antarabangsa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel Jual Lambo Kesayangan, Bakal Salur Hasil Jualan Ke Palestin

Atiqah Johari