“Semalam Nampak Dia Kat Stadium…” – Emosi Shila Amzah Terganggu, Mimpi Pelakon Wanita Ganggu Ubai… Tepis Dakwaan ‘Insecure’

Perkongsian terkini, penyanyi sensasi Shila Amzah mencuri perhatian ramai apabila dia mendedahkan ada pelakon wanita yang menganggu suami kesayangan, pempengaruh Ubaidillah MZ.

Meskipun gangguan tersebut hanya terjadi dalam mimpi sahaja, namun Shila berkata perkara tersebut seakan benar terjadi dalam kehidupan sebenar.

Shila berkata, pelakon wanita yang menganggu suaminya dalam mimpi itu mempunyai banyak isu sebelum ini.

Kata pelantun lagu Jauh Hati ini lagi, mimpi tersebut membuatkan dirinya menjadi tiada mood, namun suami tersayang memujuknya mengatakan itu hanyalah mainan tidur.

“Banyak sangat gosip pelakon perempuan ni sampai dia dah termasuk dalam mimpi dua kali. Dia kacau Ubai dalam mimpi saya pula tu..

“Dah bad mood bangun pagi, Ubai dengan penuh sabar ‘mimpi je tu sayang’.

“Semalam nampak dia kat stadium, mimpi lagi hahaha. And it was so vivid, macam real..,” tulisnya di platform X.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada individu yang mendakwa Shila ‘insecure’ terhadap wanita-wanita di luar sana.

“Jangan insecure sangat Sha dengan mana-mana perempuan yang rapat. Faham lah selebriti, bahaya juga untuk hubungan,” tulisnya.

Shila bagaimanapun menepis dakwaan dirinya insecure terhadap pelakon wanita berkenaan dan menjelaskan dia merasa bimbang lebih-lebih lagi apabila membaca banyak berita mengenai individu tersebut.

“Bukan insecure, hahah cuma banyak kan terlalu kat timeline. Yang risau tu bukan real life, pasal mimpi tu nampak real sangat,” jawabnya.

Tambah Shila lagi, Ubai seorang yang sangt penyabar apabila dia mula bermimpi berkara pelik yang dianggap kelakar itu.

“Ubai sabar, saya tahu hanya mimpi cuma kongsikan saja. It was so funny,” tambahnya.

Shila juga bertanya kepada pengikutnya sama ada mereka pernah melalui perkara yang sama dan ramai para wanita dan isteri berkata mereka pernah berdepan isu tersebut.

Artikel Berkaitan: “Biar Masa & Jodoh Menentukan…” – Shila Amzah Bakal Jumpa Ibu Selepas Isu ‘Panas’ Reda

Artikel Berkaitan: Bongkar Bukti Lebam Dipukul, Bekas Isteri Dakwa Adik Shila Amzah Palsukan Tanda Tangan Curi Duit ND Lala.. Kongsi Perbualan WhatsApp Dengan Fauziah Sarman

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Perli Ubai MZ? Anggap ‘Orang Luar’ Tumpang Kemewahan Anak – “Kita Tiada Beza, Awak Juga Cuci Kaki Masuk Rumah”

Aqilah Paharuzi