[VIDEO] Netizen Asyik Tanya Lesung Pipit ‘Original’ Ke ‘Fake’, Tom Tampil Perjelas – “Saya Tak Malu Pun Mengaku”

Penyanyi Tom tampil memperjelas dakwaan sesetengah pihak mengenai keaslian lesung pipitnya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Azal Raja Ikram memperjelaskan lesung pipit yang menjadi persoalan netizen itu adalah palsu.

“Ada yang mempertikaikan saya punya lesung pipit. ‘Original ke fake? Macam fake la tak macam original, original tak macam Tom punya.

“Ramai sangat bertanya kan, saya nak tanya betul ke fake? Ya memang fake pun.

“Bukan original, saya senyum atau tidak pun tetap sama, kalau original kalau senyum baru ada, macam saya ini tak original. Tak senyum pun tetap ada lagi. Bila senyum dalam kan?,” jelas Tom.

Tambah Tom, lesung pipit palsu itu terjadi kerana bekas tindik yang dilakukanya dahulu.

Malah, isteri kepada penyanyi Fuad itu turut tidak malu untuk berkongsi kepada umum bahawa lesung pipitya itu adalah palsu.

“Dulu saya suka bertindik, semua bekas tindik, zaman-zaman jahiliiah. Muka saya penuh dengan bekas tindik. .

“Bila bertindik dan pakai terlalu lama kemudian buka, tisu di muka jadi rosak. Terus jadi lesung pipit.

“Jadi ia memang akan ada selama-lamanya. Jadi parut. Saya tak malu pun mengaku, benda dah fake, jadi fake lah. Takkan nak mengaku juga,” katanya lagi.

Tom tampil membuat penjelasan apabila ramai warganet yang bertanya keaslian lesung pipit peserta Famili Duo 3 itu.

Untuk info, Tom dan Fuad kini menyertai Famili Duo untuk musim terbaharu.

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3! Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my atau strim secara HD hanya di Tonton.

Enam pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Syarif & Syaful Zero (Adik Beradik).

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Usia Kandungan Dah Sebulan, Fuad Rahman Dedah Tom Kini Hamil Anak Pertama!

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo: Sarat Hamil 5 Bulan! Tom Masih Mampu ‘Tarik’ Nada Tinggi, Bersedia Terima Kritikan – “Saya Akan Buat Sedaya Mampu”

Khairil Khusyairi