Categories: SelebritiTrending

Beraya Bersama Famili Besar, Marissa Dania Kongsi Foto Dengan Suami Buat Pertama Kali

Pempengaruh dan model, Marissa Dania Hakim memuat naik foto bersama suami, Aslam beraya dengan keluarga besarnya.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories, Marissa pada mulanya memuat naik foto berdua namun tidak mendedahkan wajah mereka.

Terbaharu, Marissa dilihat memuat naik beberapa keping foto bersama suami serta ahli keluarga lain tanpa sebarang kapsyen.

Sebelum ini, Marissa turut bertindak memuat naik foto bersama madunya, Umisya Mazlan namun ramai pihak berasa kurang senang dengan perkara tersebut.

Susulan itu, dia juga tampil memohon maaf dan menjelaskan mengenai kontroversi yang mendakwanya kahwin senyap-senyap di Thailand.

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf, Marissa Dania Akhirnya Buka Mulut Isu Kahwin Senyap Di Thailand – “Tak Larikan Diri, Ini Jalan Saya & Aslam Pilih”

Artikel Berkaitan: “Jaga-Jaga Ya Kalau Nak Keluarkan Statement…” – Terkejut Marissa Dania Kongsi Foto Bersama Adik, Kakak Umisya Mazlan Beri Pesanan ‘Halus

Artikel Berkaitan: “Saya Terima Poligami Ini, Kami Pun Dah Berdamai” – Umisya Mazlan Terbuka Bermadu Dengan Marissa Dania

Artikel Berkaitan: “Setiap Luka Mempunyai Kesempatan Untuk Diubati” – Sempena Syawal, Marissa Bawa Aslam Jumpa Famili… Abby Abadi Kongsi Detik Pertemuan Dengan Menantu

Atiqah Johari