Categories: SelebritiTrending

“Bila Bercakap Nampak Well Educated, Sangat Attractive!” – Akui Masih ‘Single’, Hafreez Adam Mahu Wanita Bijak Jadi Pasangan

Pelakon dan usahawan, Hafreez Adam mengakui mengidamkan wanita yang bijak sebagai salah satu kriteria pasangan yang dicari.

Menerusi sesi soal jawab yang dibuat di Instagram Storiesnya (IGS), ada individu soal tentang status terkini dirinya dan bertanyakan adakah dia berminat dengan wanita yang muda.

“Bang memang single ke? Kalau perempuan muda nak tak?” tanya individu itu.

Susulan itu, Hafreez menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan umur seseorang untuk dijadikan pasangan namun bukanlah yang bawah umur.

Malah, pelakon drama Tarik Aku Ke Syurga ini sempat berkongsi ciri-ciri wanita idamannya iaitu orang yang bijak.

Kata Hafreez, dia sangat tertarik dengan wanita yang bijak dan berpelajaran ini.

“Tak kisah pasal umur (janji bukan bawah umur). Yang penting, bijak.

“Orang yang bila bercakap, nampak well educated ni sangat attractive. 😎,” tulisnya.

Terdahulu, Hafreez pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Zara Zya sehingga mengikat tali pertunangan pada 2019.

Namun begitu, hubungan mereka terlerai selepas beberapa bulan mengikat tali pertunangan.

Atiqah Johari