Categories: Kisah ViralTrending

Selepas Setahun Bercerai, Bekas Isteri Luqman Hafidz Dedah Muka ‘Penyondol’

Baru-baru ini, bekas isteri kepada pelakon Luqman Hafidz iaitu Nurul Atiqah Mad Apandi memuat naik sekeping foto wanita di Instagramnya.

Menerusi hantarannya itu, Nurul Atiqah dilihat mendedahkan wajah seorang wanita yang dikenali sebagai Eryn Gani yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan suami.

Lebih menyakinkan wanita itu menjadi punca kepada penceraian mereka adalah kapsyen yang diletakkan Nurul Atiqah.

“Penyondol, “VICTIM”,” tulisnya ringkas.

Menjengah di ruangan komen, ada individu menyatakan bahawa wanita yang dikenali sebagai Eryn Gani itu juga merupakan seorang pelakon malah turut bergandingan dengan Luqman dalam drama bertajuk Cinta Yang Tertangguh di sebuah stesen televisyen.

Sebelum ini, Nurul Atiqah pernah memberi bayangan bahawa rumah tangganya goyah akibat gangguan orang ketiga.

Untuk rekod, Luqman dan Nurul Atiqah berkahwin pada 20 Mac 2020 dan dikurniakan seorang anak Perempuan, Eve Laura, setahun.

Namun begitu, pasangan ini telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan cara baik pada 31 Jun tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Luqman Hafidz Mengaku Sudah Bercerai 7 Bulan Lepas – “Saya Mohon Titipkan Doa Yang Baik-Baik”

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dedah Luqman Hafidz Curang Punca Perceraian? – “Semoga Bahagia Di Atas Penderitaan Saya”

Atiqah Johari