Categories: SelebritiTrending

“Demimu, Lautan Berapi Ku Redah…” Erma Fatima Panjat Kereta Demi Buah Kelo

Pengarah Erma Fatima berkongsi video dirinya memanjat kereta untuk mendapatkan buah kelo buat ibunya hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Erma menunjukkan kesungguhannya untuk menunaikan permintaan ibunya yang dipanggil Cik Semah.

“Demi mu, lautan berapi ku redah. Cik Semah buat hal petang ni. Nak makan kelo pulak,” tulis Erma.

Selain itu, video tersebut mencuit hati para pengikutnya yang turut memuji dan berkongsi idea untuk memasak buah itu.

“Subhanallah, Masya-Allah Erma you’re such an adorable daughter to your mum… May Allah reward you with the highest Jannah for your pure heart & kindness,” tulis seorang pengikutnya.

“Ya Allah..sedapnya masak kari dhal. Daun dia goreng dgn udang atau msk lemak,” komen seorang netizen.

Selain menjadi seorang pengarah, Erma Fatima juga merupakan seorang penerbit, pelakon dan penulis skrip.

Dia juga merupakan kakak kepada dua pelakon terkenal iaitu Ummi Aida dan Betty Rahmad.

Fatin Nurain