Categories: SelebritiTrending

Hana Azraa Kembali Berbaik Dengan PU Abu – “Banyak Hati Kena Jaga”

Sebelum ini, kemelut rumah tangga pendakwah bebas, PU Abu dan isteri keduanya, Hana Azraa menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

Namun begitu, memetik laporan Gempak, usahawan kosmetik, Hana Azraa memaklumkan bahawa dia telah berbaik dengan PU Abu dan sedang menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Katanya, keputusan tersebut dibuat ketika sejak bulan Ramadan lagi selepas hampir setahun mereka tidak berhubung.

“Alhamdulillah, ya saya sudah berbaik semula dengan PU Abu. Nak masuk bulan Ramadan adalah turning point saya pilih untuk berbaik dengan dia selepas hampir setahun juga sebenarnya lost contact.

“Saya jadi trauma sebenarnya nak kongsi lebih-lebih sebab banyak hati nak kena jaga. Apa-apa pun, saya harapkan semua orang mendoakan yang baik-baik,” kongsinya kepada Gempak.

Terdahulu, Hana mendedahkan dia telah berpisah dengan suaminya dan mendakwa dirinya serta ahli keluarga lain masih diganggu oleh Abu.

Sekadar info, nama Hana pernah menjadi kontroversi apabila dia berkahwin dengan Abu pada Mei 2019 di mana didakwa menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Abu dan isterinya, Ain Afini.

Hasil perkongsian hidup bersama, Hana dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen, 3 dan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah, 7, menerusi perkahwinan sebelum ini.

Artikel Berkaitan: “You Rasa Hanya Jatuhkan Maruah Dia Tapi…” – Status Cerai Belum Disahkan, Isteri PU Abu Tulis Surat Terbuka Buat Hana Azra

Artikel Berkaitan: “Tadi Dia Ada Bawah Hotel Saya” – Julang Isteri Di Media Sosial Tapi Dikatakan Masih Ganggu Ex Wife, Hana Azraa Dakwa PU Abu Gila Talak?

Artikel Berkaitan: Hana Azraa Buat Laporan Polis Terhadap PU Abu & Isteri – “Nafkah Anak Ikut Suka Hati Dia Je…”

Artikel Berkaitan: “Saya Rindu Awak Hana” – Rimas Masih Diganggu, Bekas Isteri Minta PU Abu Jangan ‘Selfish’

Sumber: Gempak

Atiqah Johari