Categories: SelebritiTrending

“I Said YES” – Kongsi Foto ‘Sweet’ Dilamar Nik Iruwan, Nabila Razali Bakal Tamat Zaman Bujang!

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sebelum ini dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka bergelar usahawan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani pada Ogos lalu.

Terbaharu, menerusi perkongsiannya di Instagram, Nabila memuat naik foto dilamar oleh jejaka tersebut dengan berlatar belakangkan tulisan ‘Will You Marry Me’.

Malah, pada ruangan kapsyen hantaran tersebut Nabila menyatakan bahawa dia menerima lamaran tersebut sekaligus menjawab segala spekulasi sebelum ini.

“I said YES 💍 #NewChapter,” tulisnya ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya mengucapkan kata tahniah dan gembira dengan perkongsiannya itu.

Artikel Berkaitan: “The Countdown Is On…” – Ruangan Komen Di Banjiri Tahniah, Nabila Razali Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat?

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Pernah Berkongsi Apa-Apa” – Nabila Razali Jawab Isu Bertunang Dengan Usahawan

Artikel Berkaitan: Bakal Berkahwin Tahun Depan, Nabila Razali Selamat Bertunang Dengan Ahli Perniagaan?

Atiqah Johari