Categories: SelebritiTrending

Mahu Hak Sebagai Bapa, Netizen Pula Minta Fizi Ali Layan Anak Tiri & Buat Anak Baru… Ini Reaksi Tuan Badan

Baru-baru ini, tular isu mengenai penyampai radio Hot FM, Fizi Ali tidak dapat berjumpa dan tidak mengetahui keberadaan anaknya, Ameena Sofia ketika hadir ke acara graduasi tadikanya.

Malah, Fizi juga meluahkan rasa bengang apabila panggilan telefon tidak disahut oleh bekas isterinya pelakon Shakilla Khoriri dan bakal membawa isu tersebut ke mahkamah.

Artikel Berkaitan: Ameena Tak Hadir Majlis Graduasi, Fizi Ali Sebak… Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah Syariah!

Susulan itu, seorang warganet dilihat meninggalkan komen meminta Fizi untuk tidak memisahkan hubungan anak dengan ibu sebaliknya mencadangkan untuk beri kasih sayang kepada anak tirinya.

“Dah ada anak tiri Fizi… layan dan bagi je kasih sayang tu kat anak tiri dan buat anak baru… biarlah Ameena dengan ibu dia. Jangan dipisahkan.

“Itu ini pun bersyukurlah Ameena dijaga dengan ibu yang sangat-sangat sayangkan dia dan tanggungjawab kat anak dia.

“So hidup je la dengan aman… dunia ni dah tak lama pun. Asalkan nafkah anak tu jangan lupa. Berbahagialah,” tulis individu itu.

Tidak berdiam diri, Fizi tampil membidas komen individu itu dengan menyatakan untuk semak fakta sebelum membuat tuduhan.

“Saya tak pernah tergamak nak pisahkan anak dan mak. Saya nak hak saya sebagai seorang ayah. Salah ke seorang ayah yang nak bersama dengan anaknya.

“Kenapa perlu lupakan anak saya setelah apa yang saya ada. InsyaAllah Ameena daddy jumpa awak nanti.

“Tolonglah korang, sebelum bercakap… tolong banyak membaca & ambil tahu fakta. Kadang apa korang cakap melanggar fakta & itu lagi menyedihkan.

“Saya pun tak bagus dalam agama, tapi apa yang basic, insyaAllah saya ambil tahu,” balas Fizi menerusi Instagram Storiesnya.

Artikel Berkaitan: “#OffDuda” – Dengan Sekali Lafaz, Fizi Ali Sah Bergelar Suami Siti Zulaiikha

Artikel Berkaitan: Kurang Senang Mulut Anak Ditekup ‘Kakak’ Dalam Foto, Shakilla Khoriri Dakwa Fizi Ali Tak Terus Terang – “Jangan Sakiti Anak Saya!”

Artikel Berkaitan: Kurang Senang Mulut Anak Ditekup ‘Kakak’ Dalam Foto, Shakilla Khoriri Dakwa Fizi Ali Tak Terus Terang – “Jangan Sakiti Anak Saya!”

Artikel Berkaitan: Anak Tiri Fizi Ali Trauma Gara-Gara Foto Tekup Mulut – “Dia Takut Nak Keluar & Pergi Sekolah”

Atiqah Johari