Alami Sesak Nafas, Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU

Penyanyi yang popular menerusi lagu Di Persimpangan Dilema, Datuk Nora Ariffin dilaporkan telah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kesukaran untuk bernafas pada Isnin.

Perkara itu dikongsi suaminya, Dr. Rushdi Ramli yang meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhan buat isterinya.

“Nora masuk ICU Hospital KPJ Kajang. Mohan doa ikhlas dari semua,”katanya.

Sementara itu, rakan seperjuangan Nora iaitu Datuk Aishah turut sama berkongsi mengenai perkara itu apabila dia dilihat memuat naik semula hantaran berkenaan di Instagram miliknya.

“Allahuakbar adikku! Mari kita panjatkan doa semoga memperoleh kesembuhan,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti yang terdiri dari Marsha Milan, Zarul Umbrella dan Haizah Hanafi  menitipkan doa dan berharap agar Nora kembali pulih seperti sediakala.

“May Allah ease everything and syafaqillah untuk Kak Nora.

“Allahuakbar! Moga Allah beri kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

“Allahuakbar! Moga Allah permudah urusan Datuk Nora. Allah maha peneyembuh.

“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. Begitu juga yang menimpa Suhaimi Saad,” komen netizen.

 

Sumber: Kosmo

 

Salma Syahbuddin