Categories: SelebritiTrending

Isteri Masih Diganggu, Caprice Cuba Berubat Dengan Ustaz Dan Pengamal Perubatan Islam – “Tidur Sambil Pasang Ayat Ruqyah…”

Penyanyi rap Caprice memaklumkan isterinya, Farra Inalis masih diganggu dengan panggilan pada tengah malam biarpun sudah berubat dengan ustaz dan pengamal perubatan Islam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice telah memuat naik rakaman video isterinya sedang tidur sambil memasang ayat ruqyah di telefon pintar.

“Sudah beberapa kali ustaz datang mengubatkan isteri. Baru-baru ini ada pula tiga individu yang berani menelefon di tengah malam dan mengganggunya.

“Secara jujur saya sudah penat berdepan dengan semua ini. Mana lagi mahu menghadap bisnes yang diusahakan dari jam 9 pagi sehingga 10 malam, selepas itu hendak sambung hadap benda bukan-bukan sehingga 4 pagi pula.

“Tidak tahu berapa ramai yang tidak berpuas hati dengan isteri. Saya perlukan bantuan,” kata Caprice.

Selain itu, Caprice turut tidak menyangka ujian selepas berkahwin lebih berat berbanding dulu.

Menurut penyanyi rap itu, disebalik senyuman mereka, pasangan itu telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran hidup sejak tujuh bulan lalu.

“Sebelum ini saya menyangka selepas kahwin ujian pasti akan berkurangan berbanding dulu.

“Disebalik semua senyuman, ‘filter’ dan video yang dimuat naik, sebenarnya untuk tujuh bulan yang lalu saya melalui banyak perkara baru.

“Bukan itu saja, malah dalam pada itu saya harus membantu isteri berdepan perkara-perkara begini,” katanya.

Terdahulu, Caprice pernah mendedahkan beberapa kandungan mesej yang dihantar lelaki berkenaan dan memohon untuk bersemuka individu terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hubungi Isteri Saya Pada Waktu Malam Itu Sudah Melampaui Batas” – Caprice Ajak Lelaki Ganggu Isterinya Untuk Bersemuka

Fatin Nurain