Categories: SelebritiTrending

Isu Rumah Tangga Ibu Bapa: Shila Amzah Perjelas Status ND Lala & Isteri – “Secara Rasmi Mereka…”

Penyanyi popular, Shila Amzah memberi penjelasan mengenai status perkahwinan ibu bapanya iaitu penyanyi Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman.

Kata Shila, ibu bapanya masih lagi bersama dan berstatus sebagai suami isteri.

“Disebabkan borang (nikah) saya dah selesai, maksudnya mereka masih bersama-sama. Itulah statusnya secara rasmi.

“Selebihnya, saya tak berani nak sebut, nak cakap bagi pihak pun sebab yang berkahwinnya mereka berdua. Saya tak tahu dan tidak mengambil tahu,” ujarnya.

Malah, Shila turut memaklumkan bahawa kehadiran bapanya pada majlis tunang yang berlangsung Mei lalu adalah atas dasar kekeluargaan.

“Pada dasar kekeluargaannya… begitulah. Jadi sebab keutamaannya apa. Untuk nikah saya pun semestinya wali saya (bapa). Takkanlah wali hakim.

“Jadi, apa juga yang berlaku itu anggap sebagai asam garam kehidupan melalui fasa bertunang. Banyak sebenarnya tapi Alhamdulillah di antara saya dan Ubai tak ada masalah,” jelasnya lagi.

Terdahulu, timbul kontroversi yang mendakwa ND Lala telah berkahwin kali kedua dengan seorang wanita muda bernama Munirah.

Malah, teka-teki terjawab apabila Fauziah memuat naik foto wanita itu di Instagramnya dan mengesahkan bahawa ND Lala telah bernikah dengan wanita itu.

Walaubagaimanapun, timbul pula dakwaan yang menyatakan Fauziah telah memfailkan cerai namun dinafikan oleh anak bongsunya, Syada Amzah.

Artikel Berkaitan: “Tarikh Dah Dekat Tapi…” – Persiapan Hampir 70% Siap, Shila & Ubai Bakal Nikah Ogos Ini

Artikel Berkaitan: Hadir Ke Pertunangan Shila Amzah & Ubai, ND Lala Rakam Foto Lengkap Bersama Keluarga

Artikel Berkaitan: “Aku Tak Dendam Tapi Perlakuan & Pengkhianatan Masihku Ingat Jelas” – Isteri ND Lala

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Hujahan Prof. Muhaya Tentang Pihak Ketiga, Isteri ND Lala Label Penyondol Sebagai Hati Kering! – “Mereka Bukan Kuat, Tapi…”

Atiqah Johari