Categories: HiburanTrending

Jelas Terpancar Iras Wajah Arwah Siti Sarah Ketika Bertudung, Ramai Terkejut Dengan Sisi Lain Uwais – “Ingat Dia Jenis Serius”

Anak kepada pelawak terkenal Shuib, Uwais Al-Qarni tampil mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya bertudung.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shuib telah memuat naik video ketika Uwais sedang bergurau senda bersama ibunya, Watie Hanifiah.

Dalam perkongsian tersebut, Watie kedengaran sangat terhibur dengan telatah anak sulungnya itu yang kelihatan seperti seorang perempuan ketika mengenakan tudung berwarna hitam.

Lebih mencuri perhatian, Uwais juga sempat menyanyikan lagu Sial nyanyian asal Mahalini sekali gus membuat ramai yang geli hati.

“Ada ada je Waissssss niiii, perangaiiii sebijikkk,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya menyatakan putera sulung Shuib itu benar-benar memiliki iras wajah arwah ibunya, Siti Sarah apabila bertudung.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa terkejut mereka melihat sisi berbezanya yang sangat cerita dan kelakar seperti bapanya, Shuib.

Fatin Nurain