Categories: SelebritiTrending

“Jangan Curi Duit Orang! Pakai Kereta Sendiri Bukan Guna Harta Pejabat Untuk ‘Content’” – Puteri Sarah Perli Siapa?

Pelakon dan usahawan cantik, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik beberapa hantaran berbentuk peringatan mendapat perhatian warganet.

Menerusi perkongsiannya itu, dia mengingatkan orang ramai untuk memperbanyakkan bersedekah.

Namun, dia juga menempelak untuk tidak mencuri dan mengambil hak orang lain.

“Salam Jumaat, semoga hari ini diberkati. Banyakkan sedekah harini ya.

“Jangan curi duit orang. Jangan ambil hak orang. Harammmm. Lagi-lagi bila pakaian tak melambangkan peribadi,” tulisnya.

Manakala, Sarah juga seakan menyindir individu tertentu dengan menegaskan kegunaan papan putih adalah untuk menulis nota bukannya mengira gaji.

Tambahnya, dia juga mengingatkan untuk tidak menggunakan harta pejabat untuk kegunaan persendirian dan dijadikan sebagai ‘content’ di media sosial.

“White board digunakan untuk tulis notes. Bukan untuk kira gaji. Gaji dan sales tu kerja accountant. Orang bangang je kira gaji kat white board.

“Gaya hidup juga dipake mobil (dipakai kereta) sendiri bukan mobil pinjaman kantor (kereta pinjaman pejabat) untuk content,” tempelaknya lagi.

Artikel Berkaitan: “Saya Dah Buat ‘Urine Test’” – Pegawai Pemasaran Tuduh Ambil Dadah, Puteri Sarah Fail Saman Bagi Bersihkan Nama

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Fail Dua Tuntutan, Dakwa Pegawai Pemasaran Pecah Amanah Sebanyak RM26,000

Artikel Berkaitan: RM26,000 Lesap! Puteri Sarah Ditipu Pegawai Pemasaran… Minta Individu Segera Pulangkan Wang Sebelum Lapor Polis – “Kerja Tak Buat, Tapi Caj 45% Dari Untung!”

Atiqah Johari