Categories: SelebritiTrending

“Saya Tak Boleh Bangun Sejak 4 Hari Lalu” – Lana Nodin Disahkan Alami Jangkitan Kuman & Usus Membengkak

Sebelum ini, pelakon dan usahawan Lana Nodin dilaporkan dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesakitan teruk namun punca penyakit masih belum diketahui.

Artikel Berkaitan: Alami Kesakitan Teruk, Lana Nodin Dikejarkan Ke Hospital… Punca Penyakit Belum Diketahui

Susulan itu, Lana memuat naik sebuah video di Instagramnya bagi memaklumkan mengenai keadaan kesihatannya yang kini masih di tahan di wad.

Kongsinya, doktor mengesahkan bahawa dia mengalami jangkitan kuman pada bahagian usus dan ia membengkak.

“Doktor sahkan saya ada jangkitan pada bahagian usus sehingga ia bengkak. Tidak tahu puncanya dari mana. Mungkin salah makan.

“Saya tak boleh bangun sejak empat hari sebelum ini. Sekarang tak boleh balik rumah selagi usus masih bengkak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Lana akui dia masih berada dalam keadaan lemah dan meminta warganet untuk mendoakan kesihatannya.

“Terima kasih kepada yang bertanya khabar. Doakan saya semoga cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah bersama keluarga.

“Saya mohon maaf kepada semua terutama rakan media dan artis kerana tidak dapat membalas mesej dan menjawab panggilan kalian,” ujarnya.

Atiqah Johari