Categories: SelebritiTrending

“Jangan Sampai Aku Keluar Agama” – Fathia Latiff Beri Amaran Kepada Netizen

Pelakon kontroversi, Fathia Latiff sekali lagi mendapat perhatian warganet apabila mengeluarkan kenyataan mengenai keluar agama Islam.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Fathia menyatakan bahawa dia boleh bertindak untuk keluar agama atas sebab perlakuan warganet terhadapnya.

“Satu benda je aku nak cakap dekat korang. Korang jangan sampai aku keluar agama (Islam) sebab korang tau.

“Aku minum arak ke, aku pakai short pants ke, aku jadi kafir sebab aku bengang dengan korang, aku tak berdosa,” ujarnya.

Malah, dia juga menegur warganet bahawa membuat salah terhadap sesama manusia belum tentu mudah untuk dimaafkan.

“Korang ni yang akan masuk neraka sebab korang yang ‘push’ aku. Jangan sampai korang beribadah 100 tahun pun tak guna tau sebab korang buat seorang saudara atau saudari korang jadi macam ni.

“Buat orang marah, sakitkan hati orang. Allah boleh maafkan tapi kalau manusia belum tentu dia boleh maafkan. Salam Ramadan lah. Sekian,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ajak Orang Buat Maksiat Sebelum Kahwin Pun Berdosa, Macam Suami Awak” – Fathia Latiff Sindir Zahirah Macwilson?

Artikel Berkaitan: “Jangan Buat Aku Hilang Hormat Dengan Orang Islam, Bangsa Sendiri” – Fathia Latiff

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto ‘Berkemban’, Netizen Tegur Fathia Latiff… Ada Yang Komen Nampak Tattoo!

Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Rasa Kasih Sayang Sejak Kecil” – Fathia Latiff Dakwa Seorang Ibu Guna Sihir & Berniat Bunuh Anak?

Atiqah Johari