Categories: SelebritiTrending

“Dia Perempuan Gatal Cari Jantan” – Zarina Zainuddin Berang ‘Maid’ Lari Lagi, Siap Curi Barang Kemas & Pakaian!

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin mendedahkan bahawa pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia telah melarikan diri.

Bukan itu sahaja, Zarina turut mendakwa wanita tersebut mencuri dan membawa lari barang-barang miliknya seperti barang kemas dan pakaian.

Dedahnya lagi, pembantu rumahnya itu baru sahaja berkhidmat kurang daripada empat bulan namun telah lari mengikut lelaki yang dikenalinya.

“Dia curi diam-diam kita pun tak sedar, sedar dah hilang dah kita pun menggelabah cari barang barang kita… dah dua kali agensi ni tipu saya kali kedua kerja tak sampai 4 bulan dapat gaji cabut.

“Diorang ni tak heran pasport yang penting handphone ada kat tangan… kebanyakannya janda dah ada anak tapi bila kerja dapat kenal lelaki dia diam-diam ambik nombor telefon.

“Kurang ajar betul mula-mula merayu nak kerja lepas tu dah kerja cabut siap curi barang kemas kita diam-diam curi,” dedahnya.

Dalam pada itu, Zarina memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap agensi tersebut kerana sudah dua kali tertipu.

“Saya nak buat report polis agensi ni memang nak kena kita dalam proses siapkan permit dia duit dah habis dekat 10 ribu cabut,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Muka Cantik, Terdidik Dengan Ajaran Agama Tapi Sayang…” – Zarina Zainuddin Sedih Marissa Dania Jadi Isteri Nombor 2

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Masih Rasa Bersalah Kacau Hak Madu, Zarina Zainuddin Titip Pesanan Pedas Pada Wanita Miang! – “Kes Saya Berbeza…”

Artikel Berkaitan: “Kau Memang Si*l” – Zarina Zainuddin Bengang Didakwa Sengaja Tarik Perhatian Ramai Apabila Menangis Dalam ‘Live’ Selepas Ayah Meninggal Dunia  

Atiqah Johari