Categories: SelebritiTrending

Kakak Isteri Pertama Sahkan Marissa Dania Kahwin Dengan Aslam Di Thailand Sebagai Isteri Kedua!

Model, Marissa Dania Hakim yang juga anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi kembali mencetus kontroversi apabila didakwa telah berkahwin tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand.

Marissa didakwa telah berkahwin dengan lelaki bernama Aslam sebagai isteri kedua secara senyap-senyap.

Terbaharu, memetik laporan OhBulan! kakak kepada isteri pertama Aslam, Nadiah Mazlan dihubungi bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut.

Oleh itu, Nadiah telah mengesahkan menerusi kiriman mesej bahawa Aslam telah berkahwin dengan Marissa di Songkhla, Thailand.

Malah, Nadiah juga menyatakan bahawa butiran yang dilaporkan media sebelum ini juga tepat.

“Aaah ya betul (Marissa dan Aslam nikah di Thailand). Cerita sama macam apa yang dihebahkan,” katanya ketika dihubungi OhBulan!

Artikel Berkaitan: Jadi Isteri Kedua, Marissa Dania Nikah Di Thailand Tanpa Pengetahuan Norman Hakim & Abby Abadi?

Sumber: OhBulan!

Atiqah Johari