Categories: HiburanTrending

Cool Gila… Kolaborasi Dengan Setudio, Jom Dengarkan Medley 12 Lagu Finalis AJL38!

Kehangatan Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) semakin dirasakan oleh semua, terutamanya peminat muzik dan industri seni tempatan!

Bakal mempertaruhkan 12 karya terbaik, lagu manakah yang bakal merebut gelaran juara untuk edisi penganjuran ke-38 ini?

Sebelum itu, jom kita sama-sama saksikan medley 12 lagu yang layak ke pentas AJL38, hasil kolaborasi TV3 dengan Setudio.

Meremang habis! Dirakamkan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), medley finalis AJL38 ini disampaikan oleh Amir Hairi, Asif Zaaim, Elly Yusni, Farisha Aliamalulail, Saiful Anwar, Maria Effendi dan Zaidyansjah.

Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu 38 secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, 3 Mac 2024, jam 9 malam. Saksikan di TV3 dan strim juga melalui Tonton.

Bagi anda yang mahu membeli tiket AJL38, jangan lupa dapatkan di www.tonton.com.my

Padin