Selebriti By: Atiqah Johari February 5, 2024 @ 7:55pm

“Kaki Batu, Penagih! Lega Dapat Pukul Aku?” – Tangan Berdarah, Fara Salleh Dakwa Dibelasah Berkali-Kali?

Pempengaruh media sosial, Fara Salleh mendedahkan bahawa dirinya dipukul oleh individu sama berkali-kali.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS), Fara memuat naik sekeping foto yang memaparkan tangannya luka dan berdarah akibat dipukul.

Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan individu itu seorang penagih dan sering mengambil bahan terlarang.

“Happy? Kalau dah kaki pukul, takkan berubah. Habis anak orang kau henyak… siap play victim lepas pukul chow balai g buat report.

“Mesti happy lega dapat jugak pukul aku kan? Kaki batu, penagih semua cukup, otak tak betul pun sebab batu,” tulisnya.

Dedahnya lagi, dia juga pernah dipukul ketika berada di Pulau Pinang dan telah membuat laporan kepada pihak polis namun individu itu menyatakan dirinya tidak heran malah polis tidak akan berani mengusiknya.

“Do you remember berapa kali aku buat report kat Penang pasal kau pukul aku? Tapi sebab kau besar kau polis tak amik case tu? And kau cakap kat aku ‘ini Penanglah fara, aku takkan terusik’,” kongsinya lagi.

Fara Salleh

Namun begitu, Fara tidak memetik mana-mana nama individu yang dimaksudkannya itu dan telah memadam hantaran tersebut selepas beberapa jam dimuat naik.

Sebelum ini, Fara pernah didakwa menjadi orang ketiga dan menjadi punca rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera musnah.

Artikel Berkaitan: “Siapa Jantan Ni?” – Gara-Gara Komen Netizen, Fara Salleh Dakwa Terima Ugutan & Warning Daripada Shuk Sahar?

Artikel Berkaitan: Bengang Fara Salleh Sebar Nombor Telefon, Rossa Sera Pula Dedah Kerap Dihina? – “Kau Panggil Anakku Pelac*r, Mak Ayahku Muka B*bi”

Artikel Berkaitan: Bengang Fara Salleh Sebar Nombor Telefon, Rossa Sera Pula Dedah Kerap Dihina? – “Kau Panggil Anakku Pelac*r, Mak Ayahku Muka B*bi”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Hiburan Mon, 26 Feb 2024
Trending Sun, 4 Oct 2020
Trending Sat, 9 Oct 2021
Trending Tue, 14 Dec 2021

Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Positif Covid-19, Che Ta Tunda Sambut Anniversary Kahwin Ke-8 Di Langkawi

Pelakon cantik, Rozita Che Wan memaklumkan perancangannya untuk menyambut ulang tahun perkahwinan ke-8 di Pulau Langkawi, Kedah terpaksa ditunda kerana suaminya, pelakon Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana positif Covid-19 bulan lalu. Menurut […]

Featured Tue, 2 Feb 2021
Trending Tue, 4 Dec 2018

Wow! Jumpa Motor Semula Dengan Bantuan GPS Tracker?

Ekoran daripada GPS Tracker yang dipasang di motor lelaki ini, lambakan kenderaan lain turut dijumpai di tempat kejadian.