Hiburan By: Fatin Nurain July 18, 2023 @ 6:05pm

Hanya Ingin Hargai Peminat, Judika Jawab Tentang Gimik Posting Di Instagram – “Tidak Ada Niat Saya Untuk Hilang”

Penyanyi tersohor Indonesia Judika tampil menjawab desas-desus tentang pengunduran dirinya dari industri muzik susulan perkongsiannya di Instagram, baru-baru ini.

Terdahulu, Judika telah mengundang kebimbangan dalam kalangan peminat selepas dirinya memadam gambar profil Instagram dan meninggalkan satu hantaran yang berupa ucapan apresiasi buat pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih Telah Mendukung Saya” – Akaun Instagram Tinggal Satu Gambar, DP Lenyap… Ada Apa Dengan Judika?

Menurut Judika, perkongsian tersebut sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan konsertnya yang bakal berlangsung di Malaysia pada 21 Oktober ini.

Di samping ingin mewar-warkan tentang konsert tersebut, pihak pengurusannya turut memuat naik perkongsian itu sebagai tanda penghargaan buat peminatnya.

“Sejujurnya saya tak pernah ada konsert seperti ini. Jadi team saya mencari cara untuk meraih perhatian peminat supaya mereka tahu yang saya akan membuat konsert pertama kali di Malaysia dan jelajah di Asia.

“Bila mereka mencadangkan untuk memuat naik hantaran tersebut saya pun bersetuju kerana saya tak pernah buat begitu. Tapi, saya pun terkejut apabila mereka ingat saya ingin mengundurkan diri dari industri muzik.

“Ramai juga rakan-rakan saya yang bertanya tentang itu. Tapi saya jelaskan bahawa saya hanya ingin memaklumkan dengan cara yang istimewa sahaja supaya mesejnya sampai kepada seluruh peminat,” katanya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Judika ketika ditemui di majlis sidang media Rockmantic Night Judika and The Gang yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Tambah Judika, dia bukan seorang yang suka membuat gimik, prank atau pun mencari publisiti murahan seperti itu.

Namun, pelantun lagu Putus Atau Terus itu juga menyatakan rasa terharunya selepas menyedari ramai yang masih menyokong dan menghargai karya-karyanya.

“Kapsyen itu yang buat orang salah sangka. Tapi saya sudah pun meminta maaf kepada mereka. Lagi pun prank prank ini bukan cara saya.

“Tidak ada niat saya untuk hilang. Kalau saya hilang saya bagitahu. Jujur sahaja, pada awalnya saya rasa ini bukan saya. Tapi saya terkejut dan terharu apabila ramai yang sayang saya selepas membaca komen yang diterima.

“Dari kejadian ini, saya sedar ramai yang suka dengan karya-karya saya. Sampai ada yang menangis dan menghantar mesej untuk saya tidak pergi dari industri ini. Terima kasih kepada semuanya yang selalu menyokong saya,” jelasnya.

Untuk makluman, Judika bakal mengadakan konsert Rockmantic Night Judika & the Gang di Axiata Arena, pada 21 Oktober ini.

Konsert tersebut juga bakal menampilkan barisan penyanyi hebat tanah air seperti Marsha Milan, Shila Amzah dan Haqeem Rusli.

Orang ramai juga sudah boleh membeli tiket dengan harga serendah RM188 sehingga RM799 menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/judika, pada 17 Julai, semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Sep 2019
Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Trending Tue, 4 Feb 2020
Featured Fri, 21 Oct 2022

“Anak Bertuah Orang Suruh Belajar, Dia Pergi Petik Taugeh” – Gelagat Comel Jebat Jayden Curi Tumpuan

Anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering tular disebabkan telatahnya yang sering menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh Nabila di akaun TikTok. Dalam video tersebut, […]

Hiburan Sun, 14 Oct 2018
Featured Mon, 29 Nov 2021

Ebit Lew Bantu Pemuda Kudung Tinggal Di Tepi Jalan

Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati membantu seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas mengalami kecederaan semasa bekerja dahulu. View this post on Instagram A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) Menerusi […]