Hiburan By: SGMS Faida September 28, 2019 @ 1:59pm

Ayu Ting Ting Kembali Berdamai Dengan Bekas Suami?

Berkahwin tidak sampai setahun, berita penceraian penyanyi Indonesia, Ayu Ting Ting masih terus hangat diperkatakan sehingga kini.

Bernikah dengan Henry Baskoro Hendarso atau Enji pada 2013, wanita ini diceraikan ketika hamil anak pertama.

Susulan kes itu, hubungan bekas pasangan suami isteri ini dilaporkan tidak baik selama beberapa tahun.

Namun begitu, Ayu kini lebih terbuka untuk bercakap mengenai krisis antara dia dan bekas suami sejak kebelakangan ini.

Memetik temubual di laman Youtube Melaney Ricardo, dia tidak lagi menghalang untuk bekas suaminya bertemu dengan puteri kecilnya itu.

“Saya akan izinkan kerana secara jujurnya tiada dendam lagi di hati ini. Cuma kedua orang tua saya, orang tua beza, Kak Mel,” kata Ayu.

Namun begitu, Ayu meletakkan syarat sekiranya Enji mahu bertemu dengan anak perempuan mereka.

“Saya perlu berada di sisi Bilqis ketika mereka bertemu. Dia boleh bertemu tetapi tidak boleh membawanyanya pergi. Sebolehnya saya mahu ada di situ juga.

“Yang terakhir, jangan bawa petugas media untuk jumpa dengan Bilqis. Tidak perlu bawa media dan kamera,” akhirinya yang memutuskan hal ini demi kebaikan Bilqis.

 
 
 
View this post on Instagram

Ngedate ❤️?

A post shared by Ayu Tingting (@ayutingting92) on

Pasangan ini sempat bernikah tujuh bulan sebelum bercerai pada 27 Januari 2014.

 
 
 
View this post on Instagram

Menatap masa depan yg indah y nak kita ❤️☀️????

A post shared by Ayu Tingting (@ayutingting92) on

Ayu melahirkan anak perempuannya, Bilqis Khumairah Razak pada 28 Disember 2013.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Alycia自爆被同事网络霸凌!新歌提醒人要谨言慎行

Alycia暌违2年推出新专辑!专辑概念与网络霸凌有关,记者会上更自爆曾被前同事网络霸凌一事,让人颇为震惊!

Hiburan Mon, 14 Oct 2019