Featured By: Aqilah Paharuzi June 15, 2022 @ 11:20am

[VIDEO] Moment Terakhir Kekasih Eril Di Pemakaman Merobek Jiwa… Nabila Ishma Janji Akan ‘Move On’ & Cari Kebahagiaan

Jenazah putera putera sulung Gabenor Jawa Barat, Ridhwan Kamil, Emmeril Khan Mumtadz atau nama panggilannya, Eril selamat dikebumikan di kampung halaman ibunya, Atalia Praratya di kawasan Cimaung, Kabupaten Bandung pada Isnin (semalam).

Susulan itu, sebuah video telah mencuri perhatian netizen yang memaparkan kekasih hati Eril dikenali sebagai Nabila Ishma telah merobek hati netizen yang turut bersedih atas kehilangan jejaka itu.

Video yang berdurasi 21 saat itu memaparkan moment terakhir Nabila yang meluahkan segala isi hati yang terbuku saat berada di sisi buah hatinya itu.

Suasana hiba itu tidak dinafikan sangat dirasai oleh keluarga Allahyarham Eril serta seluruh penduduk Indonesia yang menyaksikan pemakaman itu.

Dalam pada itu, Nabila menerusi sebuah hantaran di Insta Story miliknya mengucapkan terima kasih kepada arwah kerana menjadi kekasih yang terbaik untuknya sepanjang mereka bersama.

Nabila yang merupakan seorang model, atlet, motivator dan aktivis sosial itu turut berjanji untuk mencari kebahagiaan sendiri selepas ini.

“Semoga anda sentiasa tenang di sana. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi.

“Saya berjanji akan mencari kebahagiaan sendiri selepas ini kerana saya yakin, itu yang ada mahukan untuk saya. Selamat beristirehat, Eril,” tulisnya.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya turut memuat naik sebuah gambar mereka bersama turut menitipkan kata-kata doa dan menceritakan kebaikan allahyarham.

“Terima kasih sudah tulus memberikan perhatian dan kasih sayang untuk saya dan keluarga.

“Awal pergi dengan cara yang sangat indah. Awak yang selalu tersenyum dan wangi, juga pulang dengan keadaan yang serupa.

“Saya akan meneruskan segala kebaikan awak dengan cara saya, Eril,” luahnya.

Terdahulu, Eril, 23, dilaporkan hilang selepas dibawa arus ketika mandi di Sungai Aera, Switzerland.

Jasadnya selamat ditemui dalam keadaan baik selepas 14 hari di  kawasan perairan Engehalde, Sungai Bern, Switzerland oleh seorang guru bernama Geraldine ketika beliau sedang menuju ke sekolah.

Sekadar info, Eril ketika itu berada di Switzerland bersama keluarga untuk mencari institusi pendidikan bagi melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] 14 Hari Hilang Di Sungai Aare Switzerland, Anak Gabenor Indonesia Kini Ditemui Dalam Keadaan…

Artikel Berkaitan: Guru Sekolah Temukan Jasad Eril Terima Penghargaan – “Danke Mrs. Geraldine. Hatur Nuhun. Terima Kasih”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Masya-Allah, Bikin Merinding! Sesi Pengkebumian Emmeril Kahn Mumtadz Ditangisi Ribuan Rakyat Indonesia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Trending Wed, 17 Jun 2020

PKPP: Aktiviti Seminar, Kursus, Bengkel Dan Modul Latihan Kini Dibenarkan

Buat agensi yang menganjurkan aktiviti seminar, bengkel..

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

‘Amarah’ Stacy Dapat Perhatian, Taman Tema Bakal Ambil Tindakan

Selalunya saya buat tak tahu je. Hari ini isteri yang sedang urus anak-anak yang tengah meragam terdengar pula suara yang kurang enak.

Trending Tue, 3 Jul 2018

Here’s the Full List of Malaysia’s New Cabinet

Here’s all their names, positions and faces.

Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Izzue Islam Takut Sakit Makin Melarat

Kita doakan semoga Izzue cepat sembuh okay!

Trending Fri, 14 Feb 2020

[TERKINI] London Underground Jadi Sarang Penyebaran Covid-19

Diharap covid-19 dapat dibanteras secepat yang mungkin

error: Content is protected !!