familuv By: tex_admin November 16, 2018 @ 9:00am

Kalau Tak Nak Perkara Buruk Berlaku Pada Anak Ketika Dalam Jagaan Pengasuh, Ikuti Tip Ini!

Kes kematian bayi perempuan berumur 11 bulan akibat didera dan dirogol oleh seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan sememangnya mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Penulis sendiri turut merasa sedih dengan apa yang berlaku. Sanggupnya merogol seorang bayi yang sedikit pun tiada dosa!

Mujurlah, individu yang melakukan perkara ini telah ditangkap dan masih dalam siasatan lagi. Semoga mendapat hukuman yang setimpalnya!

Berikutan dengan kejadian ini, penulis tertarik untuk berkongsikan tip yang betul untuk mengelakkan kejadian sebegini rupa daripada berulang kembali pada masa hadapan. Tip ini digariskan oleh seorang bapa dan juga seorang guru Mohd Fadli Salleh melalui posting di Facebooknya. 

3 tip memilih pengasuh

Foto: Suara.Com

1. Pilih adik-beradik, saudara mara atau kawan-kawan rapat terlebih dahulu untuk dijadikan pengasuh

Anda kenal peribadi mereka, anda tahu bagaimana mereka jaga anak-anak anda. Paling tidak pun, pilih pengasuh yang disyorkan oleh adik-beradik atau kawan-kawan anda.

2. Elakkan hantar ke rumah pengasuh yang mempunyai suami tidak bekerja atau mempunyai rekod dadah atau jenayah

Ini kerana, kebanyakan kes dera atau rogol dari suami pengasuh yang ada rekod dadah atau jenayah ataupun kerja tidak tetap.

Ini menyebabkan mereka mempunyai masa luang dengan anak anda dan kadangkala pengasuh tinggalkan anak bersama suaminya bila nak mandi, solat atau ke klinik mahupun ke pasar.

Saat itulah sekiranya suami pengasuh di bawah pengaruh dadah, anak anda akan dipandang sebagai satu ‘alat’ yang boleh memuaskan nafsu atau tempat untuk melepaskna geram bila anak itu menangis, buang air besar dan sebagainya.

3. Elakkan memilih pengasuh yang ada anak lelaki yang masih remaja

Sebolehnya cuba elakkan! Pernah dilaporkan anak usia 5 tahun dirogol anak pengasuh berusia 15 tahun. Banyak kes lain berlaku anak lelaki pengasuh yang masih remaja merogol budak perempuan usia 4 hingga 10 tahun.

Anak-anak tersebut anggap anak pengasuh sebagai abang mereka, pengasuh pula biarkan anaknya bermain dengan anak jagaannya hingga ke bilik. Saat itulah berlakunya perbuatan merogol dan sebagainya.

Apabila dah jumpa pengasuh yang bersesuaian, ini yang perlu anda lakukan

Foto: Tribun Lampung – Tribunnews.com

1. Siasat latar belakang pengasuh

Sangat penting untuk anda tahu tentang latar belakang pengasuh. Jumpa juga ibu bapa yang pernah menghantar anak mereka untuk diasuh pengasuh tersebut. Tanya pengalaman mereka.

2. Beritahu secara jelas kepada pengasuh DO and DON’T.

Anda beritahu tentang peraturan yang anda inginkan, bagaimana perlu jaga anak anda, siapa boleh menukar lampin, tukarkan baju mahupun mandikan anak anda.

Masa ini anda perlu tegas! Anak perempuan anda hanya pengasuh yang mandikan dan tukar lampin. Jangan benarkan orang lain yang lakukan seperti suami ataupun anak lelaki pengasuh.

3. Lawatan mengejut

Anda boleh membuat lawatan mengejut ke rumah pengasuh. Ini penting ya! Kalau anda biasa hantar pada jam 7 pagi dan ambil pukul 5 petang, anda boleh datang melawat pada jam 10 pagi ataupun waktu tengah hari.

Apabila buat lawatan mengejut, masuk dan lihat situasi rumah tersebut termasuklah tempat tidur anak, bilik air, dapur dan ruang tamu.

4. Selalu berkomunikasi dengan anak

Sekiranya anak anda dah pandai bercakap, banyakkan berkomunikasi dengannya tentang bagaimana mereka dijaga, siapa yang selalu main dengan mereka, dengan siapa mereka mandi dan dengan siapa mereka tidur. 

Anda juga perlu sentiasa alert setiap perubahan sikap anak-anak anda. Sekiranya makin berdiam diri atau sakit ketika membuang air, lebih baik siasat dan bawa jumpa dengan doktor jika perlu. 

5. Periksa seluruh tubuh anak anda selalu

Anda perlu sentiasa membuat pemeriksaan terhadap tubuh anak, jika ada kesan lebam, calar dan sebagainya, tolong siasat betul-betul! Jangan percaya 100% pada alasan pengasuh.

6. Buat laporan polis

Sekiranya, ada tanda-tanda anak didera, dirogol dan sebagainya, tolong buat laporan polis dengan segera. Ramai ibu bapa yang mengalami situasi ini tidak membuat laporan polis kerana berasa kasihan dan simpati dengan rayuan keluarga pengasuh. Sebaiknya, fikirkanlah tentang anak anda terlebih dahulu!

7. Jangan tangkap muat cari pengasuh di Facebook 

Ini penting! Anda jangan sesekali cari pengasuh di laman Facebook, ataupun sosial media yang lain. Kita tak tahu ‘pengasuh’ di laman maya ini boleh dipercayai ataupun tidak. 

Semoga perkongsian tip ini menjadi garis panduan kepada anda dalam memilih pengasuh yang terbaik untuk si manja. Sentiasalah berhati-hati dan jangan mudah meletakkan kepercayaan 100% kepada orang yang tidak dikenali!

Sumber: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Dec 2022

“Manusia Lain-Lain, Bukan Semua Lelaki Macam Laki Hang!”- Eyra Hazali Berang, Nasihat Netizen Jangan ‘Influence’ Masyarakat Soal Perkahwinan

Betul tu! Kadang ada yang berfikir-fikir nak kahwin sebab takut dengar cerita org yang dah kahwin. eh!

Featured Wed, 8 Mar 2023

“Beri Saya Kesedaran Siapa Yang Ikhlas Menyayangi…” – Tulang Patah & Ada Darah Beku… Fasha Sandha Syukur Bengkak Di Mata Beransur Pulih

Alhamdulillah, Fasha dah boleh keluar hospital hari in 🥰 Min doakan semoga mata Girl kembali pulih seperti sedia kala ❤️

Eat Travel Sat, 11 Apr 2020
Acara Sun, 4 Dec 2022
Featured Wed, 28 Aug 2019

Makanan untuk mata yang sihat

jaga mata anda sebelum terlambat!