Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Fatin Nurain September 29, 2022 @ 12:32pm

“Saya Ada Perancangan Kahwin, Impi Majlis Sederhana” – Raysha Rizrose

Pelakon Raysha Rizrose mendedahkan dirinya sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri.

Menurut Raysha, dia tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan biarpun kekasihnya itu sudah lama bersedia.

“Kami berkenalan dan bercinta sejak dari sekolah lagi. Ketika itu saya di tingkatan empat dan hubungan itu bertahan sehingga sekarang. Saya pun tak sangka, cepatnya masa berlalu. Tak sangka sekarang hubungan kami dah 10 tahun. Tak dinafikan juga, memang sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.

“Tapi, semuanya bergantung kepada saya kerana dia (Nabil) sudah bersedia untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan. Kakak-kakak saya juga ada berpesan, ambil masa dahulu dan siapkan diri sebelum bergelar isteri. Saya yang perlukan masa lagi dan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan,” katanya.

Raysha ditemui di acara pratonton RR Bridal RTW 22 Rizman Ruzaini, di Shangrila Hotel, Kuala Lumpur.

Adik kepada Nelydia dan Uqasha Senrose itu dilantik sebagai wajah ilham (muse) untuk koleksi RR Bridal RTW 22 Rizman Ruzaini.

Menjalani hubungan jarak jauh kerana tuntutan kerjaya kekasihnya yang sering berada di luar negara, Raysha mendedahkan dia pernah melalui fasa ‘putus cinta’ dengan Nabil.

“Sepanjang tempoh 10 tahun ini, kami saling memahami tuntutan karier masing-masing. Malah, kalau ada masalah pun, kami segera berbincang dan selesaikannya. Tapi, tipulah kalau kami tak pernah bergaduh dan merajuk.

“Pernah dulu kami putus selama empat bulan. Saya merajuk dan dia tidak berhenti memujuk. Apapun, pada umur sekarang kami dah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat masa ini, masih dalam perancangan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Raysha juga menyatakan dia mahu merasai proses merisik, bertunang dan seterusnya majlis perkahwinan.

Malah, dia turut mengimpikan majlis yang sederhana dan tidak terlalu mewah, serta dihadiri keluarga, saudara mara serta kenalan rapat bagi meraikannya bersama-sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Oct 2024

Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Tayang Bunga Lama?

Hmmmm… betul ke ni. So, acah je lah ni pakai bunga yang sedia ada👀

Events Mon, 26 Feb 2018

Akhirnya Abam Tinggalkan BBB 2018

Abam akhirnya meninggalkan pentas Bintang Bersama Bintang pada minggu yang kelima pada Ahad. Dengan persembahan berkonsepkan kekeluargaan, Abam menampilkan Shaney sebagai artis jemputannya untuk membantu beliau pada kali ini.   Namun, rezeki tidak berpihak kepada […]

Trending Wed, 9 Dec 2020

Pawagam Mula Dibuka Bermula 16 Disember Ini

Korang bolehlah layan cerita Wonder Woman lepasni!

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Happikiddo Anjur ‘Baby Shower’ Untuk Hanis Zalikha

Majlis istimewa ini telah dianjurkan oleh HappiKiddo yang mana Hanis telah dilantik menjadi duta rasmi mereka.

Selebriti Sat, 1 Jun 2024
Hiburan Thu, 25 Jul 2019

‘Hormati Privasi Saya, Kekasih’- Syafiq Kyle

Kalau boleh, saya memilih untuk tidak mencampur adukkan hal peribadi dan kerjaya.

error: Content is protected !!